Beliau meletakkan masa depannya bersama Liverpool setelah melalui musim 2020 2021.
Bersama The Reds musim lepas beliau telah melakukan 5 penampilan, dalam kejohanan dalam EPL dan UCL.
Penjaga gol berusia 22 tahun ini juga mendapat caps antarabangsanya bersama Republic Of Ireland ketika menentang Hungary baru baru ini.
Kelleher menerusi Liverpool FC :
"Saya amat gembira ianya diselesaikan, dengan sebelum ini ianya banyak melibatkan perbincangan dan perkara lain dan kini saya gembira ianya diselesaikan".
"Bagi saya ianya sesuatu yang positif dapat meletakkan masa depan saya di sini untuk beberapa tahun lagi. Ianya kelab yang amat besar dan ianya satu penghormatan untuk kekal di sini, dan bila saya mendapat peluang untuk kekal di sini beberapa tahun lagi saya amat gembira. Saya mahu meneruskan perkembangan saya di sini".
Setelah mencatatkan tiga penampilan dalam Piala Liga dan satu penampilan dalam Piala FA pada 2019 2020, Kelleher melakukan satu penampilan dalam UCL ketika menentang Ajax di Anfield Disember lepas.
Beliau kemudiannya melakukan penampilan dalam EPL ketika menentang Wolves 5 hari kemudian dan berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos ketika itu.
Dan selepas itu beliau mengalami kecederaan dan menjalani pemulihan menjelang musim penutup kempen 2020 2021.
Tambah Kelleher :
"Ianya tahun yang amat bermakna buat saya untuk beraksi dalam skuad utama dan memainkan peranan besar dalam perlawanan yang besar, beraksi dalam EPL dan UCL adalah sesuatu yang bermakna untuk perkembangan prestasi saya".
"Ia memberikan saya keyakinan untuk terus meningkatkan prestasi sendiri, mencabar Ali untuk meningkatkan prestasinya kerana saya yakin dapat mencapai tahap seperti beliau. Saya akan terus meningkatkan prestasi, terus mencabar beliau dan kita akan lihat selepas ini".
ADMIN
Pilihan yang tepat, Kelleher. YNWA.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment