Skip to main content

Ibrahima Konate Tidak Tersenarai Dalam Skuad Olimpik France

Beliau akan terlibat penuh dalam latihan pramusim bersama Liverpool pertengahan bulan hadapan.


Sebelum ini Liverpool telah menyatakan mereka akan menghalang mana mana pemainnya untuk menyertai skuad Olimpik ke Tokyo, dan kini sah Konate tidak akan menyertai skuad ke Olimpik France. 

Ibrahima Konate sebelum ini telah menyertai skuad Bawah 21 France untuk Kejohanan Euro Bawah 21, dan berkemungkinan besar dipanggil semula untuk skuad Olimpik France ke Tokyo. 

Namun sebarang penglibatan beliau dalam skuad kebangsaan kali ini mungkin memberi impak terhadap persediaan beliau dalam permulaan musim liga bersama Liverpool. 

Dengan kejohanan itu tidak diiktiraf oleh FIFA, kelab mempunyai hak untuk melarang pemain mereka untuk menyertai skuad Olimpik dan Konate bakal tampil dalam hari pertama pramusim bersama Liverpool pada 12 Julai hadapan.

Ianya termasuk Takumi Minamino, namun Jepun telah menyenaraikan Maya Yoshida, Hiroki Sakai dan Wataru Endo untuk terlibat dengan skuad Olimpik Jepun. 

Sejak penglibatan Konate dalam skuad bawah 21 Tahun France berakhir lebih awal, beliau dilihat meluangkan masa bercuti di Dubai dan meraikan beliau ke LFC sambil mendedahkan nombor yang beliau akan gunakan nanti, nombor 5. 

Beliau bersedia untuk menjalani latihan pramusim bersama Liverpool dengan kelab lebih berhati hati melakukan pendekatan bagi menguruskan pemulihan untuk VVD, Gomez dan Matip.

ADMIN

Satu perkembangan yang baik kerana tidak terlibat dalam Olimpik. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football