Skip to main content

Respond Joachim Low Kepada Jurgen Klopp : "Setiap Jurulatih Mempunyai Filosofinya Sendiri"

Beliau mempertahankan pendekatan beliau dalam skuad Germany setelah jurulatih Liverpool itu mempersoalkan formasi pilihan beliau.


Joachim Low sebelum ini menurunkan tiga pemain pertahanan tengah serta pemain sayap pertahanan, di mana beliau mendakwa formasi itu berkesan ketika kejohanan Euro ini dengan berhadapan Portugal dan Hungary sebelum melangkah ke Pusingan Kedua Kalah Mati.

Minggu lepas Klopp mendedahkan beliau tidak gemarkan formasi pertahanan tersebut dan lebih sukakan 3 pemain berada di kawasan tengah.

Walaupun bukan pengurus Liverpool itu sahaja yang mempersoalkan pemilihan formasi Low, namun Low membidas kembali kenyataan Klopp mengenai pemilihan tersebut.

"Setiap jurulatih mempunyai filosofi dan idea yang berbeza. Bukan faktor utama sistem itu dilakukan di atas padang".

"Setiap jurulatih, Jurgen Klopp, saya, jurulatih England mereka akan memikirkan sistem terbaik untuk pasukan mereka dan apa yang penting adalah posisi ketika bertahan dan melakukan serangan".

"Setiap jurulatih melihat, mengambil tahu, membuat pemerhatian kerana beliau lebih dekat dengan pasukan masing masing, dan beliau menentukan manakah pasukan yang boleh menentang pasukan kebangsaan Inggeris atau pasukan Chelsea".

"Setiap jurulatih tahu apakah yang terbaik untuk pasukannya dan tidak memaksa pemain untuk bermain di posisi bukan kegemaran atau posisi yang jurulatih itu tidak mempunyai keyakinan untuk meletakkan pemain di sana".

"Ianya tidak penting apa yang jurulatih lain katakan. Setiap orang mempunyai pendapat sendiri namun setiap perlawanan ditentukan oleh pelbagai faktor. Bukan kerana sistem atau formasi".

"Saya harap perkara ini harus dijelaskan. Terdapat faktor lain yang menentukan pasukan itu kalah atau menang, dan bukan hanya semata mata menggunakan 3 pemain pertahanan atau 4 pemain pertahanan".

ADMIN

Para para jurulatih Germany kritik sama sendiri untuk kebaikan pasukan kebangsaan.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football