Skip to main content

Basel Berminat Mendapatkan Liam Millar - Kini Dalam Perbincangan Lanjutan Bersama Liverpool

Beliau juga berminat ke kelab Swiss itu dan nilai perpindahan beliau dijangka mencecah £2 juta.


The Athletics difahamkan perbincangan kini sedang dilakukan antara kelab dengan fokus perbincangan adalah mengenai pakej bayaran. Liverpool mahukan klausa penjualan semula dimasukkan dalam terma persetujuan di antara kedua dua kelab. 

Millar sebelum ini telah menarik beberapa kelab lain seperti New York Red Bulls, Odense, Blackpool dan Charlton Athletics. 

New York telah cuba untuk mendapatkan khidmat pemain ini pada Januari 2020, sejurus beliau kembali dari pinjaman di Kilmarnock. 

Pemain berusia 21 tahun itu telah dipinjamkan ke Charlton pertengahan musim lepas di mana beliau menjaringkan 3 gol dari 27 penampilan.

Pemain kelahiran Toronto ini telah menyertai akademi Liverpool dari Fulham pada 2016. Beliau kini merupakan kapten pasukan Bawah 23 Tahun Liverpool.

Satu satunya penampilan senior beliau adalah ketika menentang Shrewsbury Town pada Februari 2020.

Bersama Canada, beliau kini telah meraih 12 caps antarabangsa.

Selain daripada Liam Millar, Benfica mahu mendapatkan khidmat Harry Wilson namun perbincangan mengenai perpindahan itu tertangguh berikutan gagal mempersetujui terma harga jualan pemain bernilai € 15 juta.

Liverpool juga menjangkakan Neco William mahu berpindah ke kelab lain untuk mendapatkan lebih minit permainan dengan kelab telah meletakkan harga £10 juta untuk khidmat pemain tersebut. 

ADMIN

Good luck untuk Liam Millar. YNWA.

Sumber : James Pearce - The Athletics

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football