Skip to main content

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara.


Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini. 

Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit. 

Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan.

Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an. 

Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini. 

Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat dalam kejohanan Euro telah diberikan cuti selama 7 minggu bermula dari hari terakhir musim 2020 2021 manakala minimum 3 minggu cuti diberikan kepada pemain yang terlibat dengan Copa America dan Euro. 

Latihan pramusim Liverpol hanya akan bermula pada 12 Julai 2021, di mana ianya 17 hari lagi dan tiga minggu cuti Robertson menyaksikan beliau hanya kembali pada 14 Julai 2021. 

Namun begitu jika melihat kepada kempen musim yang hanya bermula 5 minggu selepas pramusim bermula, ditambah lagi dengan jumlah minit perlawanan yang dilalui Robbo berkemungkinan besar beliau akan kembali lebih lewat kali ini.

Berkemungkinan juga beliau akan kembali bersama sama pemain pasukan yang tersingkir dari Round Of 16 dengan tarikh 19 Julai adalah waktu untuk beliau kembali menjalani latihan pramusim.

Ianya memberikan beliau masa sebulan untuk memulihkan tenaga dan terapi kendiri setelah melalui musim yang memenatkan dengan ketika itu kelab masih mempunyai waktu sebulan juga sebelum turun dalam perlawanan pertama menentang Norwich pada 14 Ogos.

Jurgen Klopp sebelum ini amat lantang memperjuangkan hak dan perlindungan terhadap pemainnya dengan mahu melakukan persiapan rapi bagi mengintai kejuaraan semula pada musim 2021 2022.

ADMIN

Mungkin sebulan agaknya. Apapun bercuti dulu Robbo. YNWA.

Sumber : This Is Anfield


Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football