Skip to main content

Liverpool Ucapkan Selamat Tinggal Buat Tiga Pemain Utama Setelah Kontrak Mereka Berakhir

Kontrak mereka bersama kelab berakhir pada 30 Jun. 


Secara rasminya ketiga tiga pemain itu mengakhiri karier mereka bersama kelab dengan tarikh 30 Jun adalah tarikh signifikan kontrak setiap pemain berakhir dengan pintu perpindahan dibuka pada 01 Julai. 

Ianya termasuk pemain yang dipinjamkan ke kelab lain, walaupun mereka sebelum itu telah kembali ke kelab asal lebih awal. 

Perpindahan yang diketahui umum adalah mengenai perpindahan Gini Wijnaldum, yang sebelum ini menabur bakti selama 5 musim di bawah Jurgen Klopp. 

Sebelum ini pemain dan pengurus berharap dapat bekerjasama lebih lama di Anfield, namun ianya gagal dipersetujui secara terma.

Setelah dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus, Barcelona dan Bayern akhirnya Gini memilih untuk menyertai PSG pada hari ini. 

Gini melakukan 237 penampilan bersama Liverpool serta menjaring 22 gol sepanjang kariernya di Anfield dengan membantu kelab memenangi UCL, Super Cup, Club World Cup dan EPL. 

Pemain seterusnya adalah Yaser Larouchi, di mana sebelum ini telah ditawarkan kontrak baru tetapi berhasrat meninggalkan kelab. 

Pemain berusia 20 tahun ini melakukan penampilan senior bersama kelab ketika menggantikan James Milner ketika aksi pusingan ketiga Piala FA 2020 menentang Everton, dan melakukan penampilan sekali lagi ketika menentang Shrewsbury Town dalam dalam kejohanan yang sama tetapi dalam pusingan keempat. 

Dan akhir sekali status peminjaman untuk Ozan Kabak dari Schalke juga berakhir sejak menyertai kelab dari Februari. 

Beliau sempat melakukan 13 penampilan bersama kelab sebelum mengalami kecederaan dan kelab tidak berhasrat untuk mengambil beliau secara tetap dengan nilai £18 juta. 


ADMIN

Good luck at future untuk ketiga tiga pemain. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo


Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan