Skip to main content

Posts

Rekod Tanpa Kalah Liverpool Lebur Di Tangan West Ham : Tewas 3 - 2 Di London

Gol sendiri Alisson, dengan masing masing jaringan oleh Fornal dan Zouma menghadiahkan kekalahan pertama The Reds dalam kempen liga musim ini.  Jurgen Klopp bertandang ke Kota London dengan menyenaraikan semula Robertson di bahagian pertahanan, dengan gandingan Fabinho Oxlade dan Henderson di tengah.  Hadapan? Macam la ada option terkuat lain. Haha. Manakala West Ham pula menyenaraikan pemain utama mereka seperti Antonio, Fornal, Bowen dan juga Benrahma. Belum pun sempat duduk menonton di hadapan TV, Liverpool dikejutkan dengan gol pendahuluan West Ham seawal minit 3 menerusi sepakan sudut lencong dan ditumbuk Alisson ke gawang sendiri setelah menerima tekanan Ogbonna dan Antonio.  Pemeriksaan oleh VAR juga mengesahkan mereka hanya memberi tekanan dan Alisson yang bersalah dalam hal itu.  Liverpool cuba bangkit untuk mengatur gerak permainan, tetapi West Ham kali ini bukanlah biasa biasa dengan lebih berdisiplin, melakukam early press sekaligus merencatkan build up.  Peluang pertama di
Recent posts

Link Live Streaming : West Ham United vs Liverpool ( EPL )

Kedua dua pasukan on form, dan pastinya anda tidak mahu lepaskan peluang menyaksikannya. https://www.mobisports.live/2021/11/premier-league-west-ham-vs-liverpool.html?m=1 https://www.techworldhub.com/wes-vs-liv-match-info/ https://www.goforsports.net/2021/11/lfcwhu/ https://www.sportstrack.in/2021/11/liv-vs-wsh-mtcnfo.html?m=1 ADMIN Selamat menonton. YNWA. 

TAA : "Memberikan Lawan Peluang Untuk Comeback Adalah Sesuatu Yang Perlu DiPerbaiki"

Beliau mendedahkan misi The Reds pada musim ini sambil menyatakan situasi yang perlu mereka baiki segera.  Trent mengakui bahawa Liverpool tidak lagi boleh memberikan ruang untuk pasukan lawan bangkit dalam semua perlawanan, dengan menyasarkan untuk meraih kejayaan lebih baik pada musim ini. Skuad Jurgen Klopp memulakan musim ini dengan sangat baik, dengan tidak tewas dalam 25 perlawanan secara berterusan seterusnya berada di landasan yang baik untuk meraih kejuaraan liga semula musim ini.  Chelsea dan Man City merupakan pencabar utama Liverpool untuk mendakap kejuaraan itu lagi, dengan kedua dua pasukan membuktikan kualiti yang dimiliki untuk bersaing di kelompok atasan. Jurang yang agak rapat menyebabkan ketika ini agak sukar untuk memilih calon juara lebih awal, namun Liverpool harus mengatasi masalah di mana membenarkan lawan untuk melakukan comeback semula dalam perlawanan.  Petanda awal adalah ketika keputusan seri 3 - 3 ketika menentang Brentford, disusuli dengan keputusan seri

West Ham Sedia Menunjukkan Apa Yang Mereka Dapat Lakukan Ketika Menentang "Top Team"

David Moyes mendedahkan bahawa mereka layak untuk berada di kedudukan liga buat masa sekarang.  Beliau telah membantu kelab untuk menduduki tangga keenam EPL musim lepas - sekaligus layak ke Europa League musim ini dan kini menunjukkan prestasi yang baik sejak kempen permulaan musim.  The Hammers akan melayani kunjungan Liverpool awal pagi esok, dan tahu sekiranya mereka mencatatkan kemenangan mereka akan berada di atas Liverpool di tangga ketiga dan menyamai kutipan mata bersama Man City. Malah jika tewas sekalipun, mereka masih kekal di Top 4 EPL dan mempunyai perbezaan gol yang besar walaupun Arsenal mencatatkan kemenangan ke atas Watford.  Menurut Moyes : " Kami merasakan kami berada di landasan yang tepat". "Kualiti pemain yang kami miliki, kami berjaya mendapatkan pemain antarabangsa yang baik; pemain dari Spain, France, England, pemain dari Republic Czech dan juga dari negara Afrika. Ianya perubahan yang menakjubkan". "Mereka dibawa masuk kerana kualiti

Xavi Hernandez Melontarkan Pujian Buat Jurgen Klopp Dan Sadio Mane Di Liverpool

Barca semakin hampir untuk mendapatkan beliau selaku pengurus baru kelab, dan beliau sebelum ini amat berterus terang dengan pendapat beliau mengenai Liverpool. Kelab Qatar, Al Sadd mengesahkan bahawa bekas pemain Barcelona itu menyatakan hasrat untuk kembali ke kelab Catalan itu selepas pemecatan Ronald Koeman sebagai pengurus.  Dan Barca telah mengumumkan bahawa persetujuan telah dicapai pada awal pagi ini, dengan kelab menawarkan kontrak 3 tahun buat lagenda Barcelona itu.  Dan Xavi sentiasa memuji perkembangan pasukan Liverpool dan salah seorang pemain amat menarik perhatian untuk pengurus berusia 41 tahun itu.  Sadio Mane telah dianggap antara penyerang terbaik dunia buat ketika ini, dan sentiasa berterusan sejak beliau menyertai Liverpool pada 2016.  Persembahan beliau di Liverpool sudah semestinya menarik minat kelab kelab besar di luar Eropah, termasuk Barcelona sendiri.  Namun tiada sumber yang kukuh dengan hanya khabar angin, dan Xavi sendiri telah memberikan pandangan adakah

Jurgen Klopp Menjelaskan Perdebatan Antara Andy Robertson Dan Kostas Tsimikas

Beliau menjawab persoalan di mana terdapat cadangan supaya Andy Robertson digugurkan dari pilihan utama bek kiri untuk memberi laluan kepada Tsimikas. Robertson sebelum ini mengalami kecederaan buku lali semasa permulaan kempen, melalui prestasi turun naik selepas itu dan tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Atletico Madrid pada pertengahan minggu ini.  Tsimikas beraksi dengan baik dalam perlawanan tersebut, dan kini telah melakukan 6 penampilan bersama Liverpool - dua kali lebih banyak dari musim pertama beliau yang dirundung kecederaan.  Ini mendorong kepada pendapat peminat supaya Tsimikas diberikan tempat dalam slot kesebelasan utama bek kiri Liverpool dan Andy Robertson wajar digugurkan ke bangku simpanan.  Menurut Klopp : " Kostas semakin hampir kerana jika pemain itu berada di bangku simpanan, mereka sangat hampir untuk diturunkan dan itu sebabnya mereka di bangku simpanan". "Kostas memiliki kualiti tersendiri namun saya tidak sukakan perbandingan ini dilak

Divock Origi Dipanggil Untuk Skuad Kebangsaan Belgium Buat Pertama Kali Sejak Setahun

Belgium akan berhadapan dengan Wales dan Estonia dalam perlawanan antarabangsa minggu hadapan.  Sebelum ini beliau bukanlah dalam perancangan Jurgen Klopp, sebelum menunjukkan prestasi yang baik - dan sukar mendapatkan minat pengurus Belgium Roberto Martinez. Namun dengan kecederaan Romelu Lukaku dan Mitch Batshuayi ketika ini, Origi dipanggil untuk membantu skuad kebangsaan Belgium bersama sama Christian Benteke dan pemain baru Dante Vanzier.  Menurut Martinez : "Ketiadaan Lukaku dapat diselesaikan dengan cara tertentu". "Penyerang target man, saya fikirkan Benteke, Origi, Vanzier dan Trossard adalah lebih dinamik, walaupun tidak dapat menggantikan Lukaku ketika ini". Origi melakukan 102 minit penampilan dalam 3 perlawanan terakhir, dengan kini telah melakukan 259 minit permainan bersama Liverpool dengan 2 gol dan 2 assist.  Dengan Firmino akan tersisih selama lebih 4 minggu berikutan kecederaan hamstring, mendapatkan minit sekaligus membina keyakinan beliau kembal