Skip to main content

Jurgen Klopp Beri Bayangan Penggiliran Skuad Menjelang Pertemuan Dengan Aston Villa

The Reds mampu berada di tangga keempat liga - sementara waktu jika berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Villa hari ini.


Ianya merupakan perlawanan ketiga Liverpool dalam masa 22 hari untuk bulan April, dengan baru baru ini tewas kepada Real Madrid dalam aksi pertama Suku Akhir UCL.

Dan Klopp mengakui ramai pemainnya masih berasa letih selepas perlawanan di Madrid itu.

Menurut Klopp :

"Jujur 100%, kami tidak pasti akan situasi kecederaan terkini. Kami bermain pada Selasa, balik pada Rabu. Khamis menjalani latihan. Sebahagian pemain masih terasa letih selepas perlawanan tersebut".

"Tiada siapa mengalami kecederaan pada hari itu, tetapi hari ini kami akan mendapat beberapa informasi mengenai situasi pemain". 

"Kita akan lihat jika dapat mengubah sesuatu".

Roberto Firmino, Xherdan Shaqiri dan Thiago Alcantara bermula dari bangku simpanan pada perlawanan di Madrid dengan James Milner, Curtis Jones dan Alex Oxlade juga sedang mengintai slot untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

Dengan perlawanan timbal balik menentang Real Madrid akan berlangsung pada awal pagi Khamis hadapan, Liverpool berhadapan dengan situasi di mana gagal mencatatkan kemenangan di Anfield hampir empat bulan dengan kini Liverpool masih mengintai ruang mendapatkan slot automatik ke UCL musim hadapan.

"Tiada peluang jika anda tidak berada dalam tekanan. 

Kami kini berjuang untuk mendapatkan tempat ke UCL musim depan samada dengan layak menerusi kedudukan dalam liga atau memenangi kejuaraan tersebut".

"Kami harus bersedia 100%".

"Minggu lepas kita bercakap mengenai permainan bolasepak yang baik dan persembahan yang baik menentang Arsenal".

"Namun kami beraksi sebaliknya ketika menentang Madrid beberapa hari kemudian. Dan kedua dua keputusan itu tidak mempengaruhi apa yang kami lakukan hari ini".

Liverpool mendapat keputusan buruk ketika perlawanan pertama di Villa Park musim ini ketika dibelasah 7 - 2, namun Klopp menyeru anak buahnya supaya bangkit dalam perlawanan ini. 

"Kami harus memperbetulkan keadaan".

"Perkara itu tidak sewajarnya berlaku namun ianya berlaki kepada kami. Ianya perlawanan yang pelik dan saya ada terfikir sesuatu namun masih memikirkan samada mahu menggunakan atau tidak. Kami harus melakukan sesuatu".

ADMIN

Mampukah Liverpool bangkit? YNWA.

Sumber : Liverpool Echo


Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football