Beliau sebelum itu meninggalkan Liverpool pada awal Julai lepas.
Dan kini beliau menyertai bekas kelabnya, Crystal Palace dengan kontrak jangka pendek.
Clyne menghabiskan masa 5 musim bersama Liverpool namun hanya kerap bermain dalam dua musim pertama hingga beliau dilanda kecederaan serta peningkatan prestasi Trent Alexander Arnold.
Sudah diketahui umum bahawa Clyne akan meninggalkan Liverpool setelah kontraknya tamat dan tidak diberikan kontrak lanjutan tambahan pada musim 2019 2020.
Tetapi Adam Lallana dan Andy Lonergan diberikan kontrak lanjutan sementara ketika itu untuk membolehkan mereka kekal di kelab buat sementara hingga musim 2019 2020 tamat.
Sebelum ini Clyne telah menjalani latihan sendirian di Kirkby selepas pulih dari kecederaan ACL dan dengan senyap meninggalkan Liverpool selepas itu.
Dengan sejarah kecederaan beliau itu, kebanyakan kelab amat risau untuk membawa beliau secara tetap namun Roy Hogdson mahu pemain itu membuktikan semula kecergasannya ketika ini.
Palace telah mengumumkan bahawa Clyne telah menyertai kelab itu secara jangka pendek pada pertengahan September hingga Januari hadapan.
Ini menandakan beliau telah kembali ke kelab lamanya di Selhurst Park, dengan bermain seawal 8 tahun dan menghabiskan masa remajanya bermain bersama kelab itu di Liga Championship sebanyak 137 kali.
ADMIN
All the best Nathaniel Clyne. YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment