Skip to main content

Mo Salah Dan Andy Robertson Cergas Menjelang Perlawanan Merseyside Derby

Kedua dua pemain ini terlepas aksi menentang Blackburn minggu lepas namun kembali beraksi dalam perlawanan sesama skuad sebelum ini. 

Kedua dua pemain ini tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Blackburn minggu lepas. Foto : LFC via Gettyimages
Dan kedua dua pemain ini sah cergas sebelum turun menentang Everton pada hujung minggu ini. 

Liverpool bakal menentang pasukan tetangga mereka dengan begitu hampir dengan gelaran kejuaraan liga selepas 30 tahun, jika Man City tewas kepada Arsenal pada minggu ini. 

Sebelum ini Liverpool risau mereka kehilangan dua khidmat pemain itu menjelang pertembungan Merseyside Derby namun menurut Dominic King dari Daily Mail, kedua dua pemain itu kembali cergas dan Liverpool mempunyai skuad yang cergas sepenuhnya. 

Salah musim ini telah menjaringkan 20 gol dalam semua kejohanan dan menyumbang 8 assist buat pasukan Liverpool.

Sebelum musim ini digantung, Salah telah menjaringkan 5 gol dari 6 perlawanan liga untuk membantu Liverpool melebarkan jurang mata kepada 25 dari pencabar terdekat. 

Robertson juga menikmati musim yang agak baik dengan menjaringkan 2 gol dan menyumbang 7 assist. Satu satunya perlawanan liga yang Robertson terlepas adalah ketika menentang Bournemouth pada Mac setelah mengalami hentakan.

ADMIN

Ini satu berita baik untuk kita turun dengan kekuatan penuh. YNWA. 

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Link Live Streaming : RB Leipzig vs Liverpool FC ( UCL )

Ketika ini, kami hanya mendapatkan dua link live streaming untuk perlawanan awal pagi esok. https://www.streamsports.in/broadcast-channel-list-3 https://www.goforsports.net/2021/02/liv-lpg/ ADMIN Selamat berUCL awal pagi esok. YNWA. 

Benfica Kemukakan Tawaran Rasmi Buat Harry Wilson Namun Liverpool Mahukan Bidaan Lebih Tinggi

Perbincangan antara kedua dua kelab itu gagal termeterai dengan The Reds menganggap nilai €15 juta itu terlalu rendah. Pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan 7 gol dan menyumbangkan 12 assist dalam 37 perlawanan bersama Cardiff musim lepas.  Ianya merupakan kali kelima beliau dipinjamkan ke kelab lain setelah menghabiskan masa dengan Crewe, Hull City, Derby County dan Bournemouth. Dan difahamkan kelab Portugal itu telah melakukan tawaran rasmi kepada Liverpool, namun perbincangan antara kedua dua kelab telah terhenti berikutan gagal mempersetujui mengenai nilai perpindahan tersebut.  Namun begitu Liverpool menjangkakan mereka akan kembali dengan tawaran lebih besar selepas ini.  Sebelum ini Liverpool pernah menolak nilai perpindahan oleh Burnley terhadap pemain itu yang bernilai € 11 juta, dan kelab berminat harus melakukan bidaan sekurang kurangnya € 15 juta berdasarkan persembahan pemain ini sejak musim lalu.  Selain itu pendatang baru EPL Brentford menyata...