Skip to main content

Kaka Akui Risau "Final Istanbul" Berulang Lagi Dalam Final UCL 2007

Liverpool bertemu dua kali dengan AC Milan pada Final UCL 2005 dan 2007.

AC Milan menewaskan Liverpool 2 - 1 dalam aksi Final UCL 2007. Sumber Foto : Gettyimages
Dan Kaka mengakui beliau risau peristiwa Istanbul 2005 itu berulang apabila kedua dua pasukan bertemu sekali lagi pada Final UCL 2007.

Filipo Inzaghi menjaringkan dua gol pendahuluan, salah satunya tercipta oleh gerakan Kaka untuk meletakkan Milan di hadapan ketika final yang dilangsungkan di Athens itu.

Namun Liverpool menjadikan kedudukan 2 -1 dengan Dirk Kuyt menjaringkan gol menerusi tandukan jarak dekat dengan baki masa seminit sebelum memasuki masa kecederaan.

Kaka percaya insiden Istanbul mula menghantui setiap pemain Milan selepas gol Liverpool itu dijaringkan.

Menurut Kaka :

"Ianya sangat sangat teruk. Kerana sejurus mereka menjaringkan gol, memori 2005 terus terbayang".

"Ianya perjuangan untuk mentaliti kami".

"Kami merasai ketakutan itu dan cuba bertahan dan akhirnya kami berjaya memenanginya".

Beliau juga mengakui bahawa peristiwa Istanbul itu sentiasa terbayang bayang di wajah mereka ketika final 2007 namun percaya ianya satu sebab tertentu mengapa Liverpool menjadi lawan mereka di final. 

Tambah Kaka :

"Ianya sudah ketentuan Tuhan. Bukan kebetulan. Namun kami berfikir, adakah kami akan ditewaskan oleh pasukan yang sama lagi selepas ini?".

"Saya tidak mahu perlawanan ini dianggap sebagai medan membalas dendam. Namun saya fikirkan ianya satu perlawanan yang hebat dan magik".

ADMIN

Itulah final UCL terakhir buat Milan. Manakala Liverpool sudah dua kali melangkah ke perlawanan akhir UCL selepas itu. 

Kali terakhir Liverpool menentang Milan adalah pada 31 Julai 2016, ketika ICC yang dimenangi Liverpool 2 - 0.

Sumber : Liverpool Echo



Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football