Skip to main content

Trio Serangan Liverpool Digambarkan Sebagai "Dinosaur" Bolasepak Di Taman Jurassic

The Reds mengamuk di Old Trafford Ahad lepas dengan Diogo Jota, Naby Keita dan hatrik Mo Salah membenam Man United 5 - 0. 


Dan memasuki kempen kejohanan Carabao Cup pastinya melihat rombakan dilakukan dalam kesebelasan utama awal pagi esok. 

Ketika sidang media yang dikendalikan Pep Ljinders, beliau sempat memuji dan menggambarkan karakter pemain penyerang yang dimiliki Liverpool ketika ini. 

Pembantu kepada Jurgen Klopp itu menggambarkan Diogo Jota sebagai "pressing monster" dengan kebolehan mengganggu lawan yang sedang mengawal bola ketika itu. 

Dan kali ini beliau menggambarkan trio penyerang ketika beraksi di Old Trafford sebagai "velociraptor di Taman Jurassic" dengan Diogo Jota, Roberto Firmino dan Mo Salah mengucar gacirkan bahagian pertahanan Man United ketika di Old Trafford. 

Hatrik Mo Salah telah membawa jaringan peribadi beliau kepada 15 gol musim ini dalam semua kejohanan, manakala Jota meraih gol peribadi keempatnya musim ini meskipun dirundung kecederaan. 

Manakala Firmino dan Mane pula mencatatkan 12 gol keseluruhan di antara mereka. 

Keseluruhan Liverpool telah menjaringkan 41 gol dalam semua perlawanan musim ini, dan Ljinders memuji bagaimana prestasi terbail barisan hadapan telah membantu melonjakkan prestasi pasukan pada ketika ini. 

Menurut Ljinders :

"Kami menjaringkan gol dari pelbagai arah".

"Namun sebenarnya ia bergantung dengan corak permainan sepasukan dan anda tidak boleh menilai dari penjaring gol sahaja".

"Ianya sentiasa bermula bagaimana kami menggerakkan bola dari bahagian bawah, keseluruhan pasukan yang menggerakkan permainan".

"Pemain hadapan sentiasa berada dalam posisi yang tepat dan kualiti yang dimiliki barisan hadapan itu, mereka seperti Velociraptor di Taman Jurassic".

"Mereka sangat tajam di hadapan gol dan itu yang kami mahukan, sudah semestinya".

"Jadi kami boleh menjaringkan gol pada masa yang tepat, perlawanan menentang Man United merupakan contoh yang tepat bagaimana ia harus dilakukan".

"Adakah kami mengubah barisan serangan pada musim panas? Tidak. Kami hanya menambahbaik kualiti permainan. Sekali sekala kami menjalani latihan asas dan itu kami lakukan pada musim panas lepas".

"Termasuk - pemain utama. Mereka memerlukam rehat yang cukup selepas mengharungi musim yang panjang, banyak perlawanan akhir dan musim yang bertekanan tinggi".

"Ianya bagus jika mereka dapat berehat lebih panjang kerana anda memerlukan konsistensi dalam prestasi, dan harus menghormati waktu pemulihan dan proses pemulihan kerana ia melibatkan sepanjang musim".

"Harap ianya berterusan".

ADMIN

Betul macam dinosaur. Lapar betul kat Old Trafford. YNWA 

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan