Skip to main content

Stan Collymore Percaya Jurgen Klopp Telah Membuat Kesilapan Pada Perlawanan Menentang Brighton

 


Liverpool yang diikat seri oleh Brighton pada hari Sabtu di Anfield. Bekas pemain Liverpool, Stan Collymore percaya bahawa Klopp telah melakukan kesilapan pada perlawanan tersebut.


Liverpool yang bermula garang pada awal perlawanan telah membuka jaringan melalui kepten, Jordan Henderson sebelum Sadio Mane menambah jaringan dan meletakkan Liverpool dihadapan. Walaubagaimanapun, Brighton kembali mengikat Liverpool melalui Enock Mwepu dan Leandro Trossard untuk merekodkan seri kali keempat Liverpool di EPL pada musim ini.

Dengan perlawanan yang masih terikat 2-2 Jurgen Klopp memasukkan Jota pada minit ke-78 dan mengharapkan pemain tersebut memberi impak untuk memenangi perlawanan walaupun dimasukkan agak lewat. Beliau berkata :


Diogo jota seharusnya dimasukkan pada minit ke 60-65 bukannya agak lewat sehingga minit ke-78. Kadangkala, anda perlu membuat pertukaran awal sedikit untuk membetulkan keadaan semula.


 Liverpool tidak mengalami masalah dimana penyerang mereka gagal untuk menjaringkan gol, tetapi saya selalu berfikir bahawa masa terbaik untuk membuat pertukaran pada minit ke-60 dan ke-65 supaya pemain tersebut dapat memberikan impak. Dalam minit 60, anda memberikan pemain tersebut melebihi 30 minit untuk memanaskan badan dan memberikan impak. Sekiranya anda memasukkan pemain pada minit 78, jelas anda telah mengharapkan lebih pada pemain tersebut.


Bagaimanapun, hanya Klopp tahu apa yang beliau lakukan walaupun terpaksa dikritik namun memenangi perlawanan dan kehilangan mata serta kecederaan juga perlu diambil kira dari sudut lebih kompleks walaupun keputusan tersebut tidak memihak kepada The Reds. Apapun YNWA!

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football