Skip to main content

Sepp Van Den Berg Diberi "Lampu Hijau" Untuk Beraksi Bersama Preston Menentang Liverpool

Pemain muda itu diberikan kebenaran untuk diturunkan menentang kelab asalnya dalam pertemuan kedua dua pasukan dalam kejohanan EFL Cup awal pagi esok.


Beliau kini telah melakukan 17 penampilan bersama Lilywhites setelah menyertai semula kelab itu musim ini secara pinjaman dari Liverpool. 

Menurut Pep Ljinders menerusi sidang media :

"Ya, sudah semestinya beliau boleh bermain. Ibarat seorang chef masakan, beliau harus menghabiskan masa berada di bahagian dapur. Jadi apalah tujuan kami menghantar pemain untuk dipinjamkan supaya bermain dalam perlawanan terbaiknya, dan apabila perlawanan terbaik itu datang tetapi tidak dibenarkan bermain?"

"Kami mahu berikan peluang kepada pemain muda kami dan Sepp telah mendapat peluang ini. Saya selalu berhubung dengan beliau, beliau mahu peluang itu dan itulah yang paling penting".

"Itulah yang beliau perlukan. Pemain bek muda yang bermain di pelbagai posisi tetapi mahu lebih kerap beraksi di Liga Championship. Jika beliau berjaya melakukannya maka beliau akan lebih bersedia".

"Saya tidak sabar untuk melihat beliau kembali dalam latihan pramusim akan datang".

ADMIN

Jadi Sepp akan menentang kelab asalnya pada awal pagi esok. YNWA. 

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football