Skip to main content

"Saya Bermain Demi Lencana Di Dada!" - Bobby Firmino

 


Bobby bercakap mengenai posisi dan peranan beliau di atas padang. Beliau agak skeptikal mengenai 'pengorbanan' dimana terdapat pemerhati bola sepak mengatakan beliau adalah seorang pemain yang mengorbankan diri beliau demi Salah dan Mane.

Beliau adalah antara penyerang false 9 terbaik dalam sejarah bolasepak moden ketika ini. Membuka ruang untuk pemain lain terutamanya Salah dan Mane, terlibat dalam mencipta peluang dan bantuan gol yang memberi kelebihan kepada pemain dan pasukan.

Mungkin trio tyang dimiliki Liverpool ketika ini boleh dikatakan antara yang berbahaya dalam sejarah bolasepak, namun beliau menjaringkan kurang gol berbanding dua rakan sepasukan beliau dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Walaupun beliau tidak berjaya menjaringkan gol ketika membelasah Man United 5-0 minggu lalu namun pemerhati bola sepak pasti akan membuat jurnal untuk mentafsir cara beliau bermain sebagai false 9.

Apabila ditanya mengenai pengorbanan beliau demi Salah Mane dan juga keinginan beliau untuk menjaringkan gol. Beliau menjawab dengan mudah :

Saya tidak melihat seperti ianya sebagai pengorbanan. Setiap dari kami mempunyai peranan khusus di atas padang.


 Ini adalah pasukan yang bermain bersama dalam tempoh masa yang lama dan kami cukup mengenali satu sama lain.

 

Firmino mungkin menjaringkan sedikit menjaringkan gol namun  beliau bukanlah pemain yang ketandusan dari segi jumlah gol. Semenjak kehadiran beliau pada tahun 2015, beliau hanya berjaya menjaringkan 93 gol dalam 300 penampilan untuk The Reds.

Beliau berkembang dengan sangat baik di bawah kendalian Jurgen Klopp dan beliau digambarkan sebagai enjin untuk pasukan walaupun pasukan bukanlah ini pasukan yang sarat dengan pemain bintang. Sekiranya ketiadaan beliau nanti mungkin kita akan melihat wajah baru serangan Liverpool dan sukar untuk menggantikan pemain seperti beliau yang lebih mementingkan pasukan berbanding memenuhi ego beliau sendiri.

ADMIN

Beliau adalah pemain yang sukar untuk dicari ganti kelak. YNWA

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football