Dijangka content bertemakan Liverpool akan diselitkan dalam permainan tersebut, dengan beberapa event yang boleh dinikmati pemain.
Berikut adalah kenyataan rasmi menerusi laman sosial permainan popular itu.
Sebelum ini PUBGM telah berkolaborasi dengan beberapa individu, siri dan juga organisasi seperti Alan Walker, Blackpink, McLaren dan juga The Walking Dead. Menerusi platform itu, mereka meraih populariti di seluruh dunia.
Menerusi laman rasmi itu juga, dijangka kolaborasi itu bakal bermula pada 12 November, dan ianya bermakna 2 minggu dari sekarang. Pada masa yang sama juga, pemain akan dapat akses ke event dan mungkin berpeluang untuk mendapatkan hadiah backpack secara tetap.
Butiran lanjut mengenai kolaborasi itu akan diketahui tidak lama lagi dan pemain pemain akan menerima perkembangan mengenai event itu menerusi laman sosial rasmi permainan tersebut.
Ketika ini PUBGM sedang berkolaborasi dengan Baby Shark, dengan pemain juga dapat memperolehi beberapa hadiah menerusi kerjasama tersebut.
Selain itu kolaborasi bersama Konigsegg juga akan bermula pada 01 November 2021.
ADMIN
Mesti ada skin padang Anfield atau dapat baju Liverpool. Haha. YNWA.
Sumber : Sportskeeda
Comments
Post a Comment