Pihak Premier League sejauh ini memutuskan untuk tidak menggunakan 5 pertukaran pemain namun kemungkinan perkara tersebut akan berubah dimana terdapat tekanan kepada pihak PL mengikuti perubahan tersebut.
Terdapat laporan dari The Times dimana undang-undang tersebut akan digunakan sementara supaya kelab dapat melakukan 5 pertukaran dalam perlawanan dan terdapat sokongan yang kuat oleh badan bolasepak.
PL pernah memilih untuk menggunakan sistem pertukaran tersebut sementara dalam projek pemulihan pada musim 19/20 disebabkan perlawanan yang padat dalam masa yang singkat ketika pandemik. Walaupun pada mulanya PL mengambil kesempatan tersebut namun mereka membuat perubahan sekali lagi ketika musim baru bermula.
Sekiranya perubahan tersebut harus ditetapkan secara kekal, seperti yang dicadangkan oleh International Football Association Board (IFAB) pada Rabu lalu dan kini PL terpaksa untuk menurut cadangan tersebut.
Liga bolasepak Sepanyol, Itali, Perancis dan Jerman kekal meneruskan penggunaan 5 pertukaran dan hanya England satu-satunya yang menentang sistem tersebut pada permulaan musim 20/21. Jurgen Klopp pernah persoalkan keputusan tersebut sehinggalah yang terbaru mempersoalkannya adalah Pep Guardiola.
Ia bukanlah sesuatu kelebihan kepada pasukan besar tetapi ianya adalah untuk mengurangkan keletihan kepada pemain terutamanya supaya tidak mudah cedera dan menyusahkan kelab dan pengurus yang kehilangan pemain dalam tempoh yang lama.
Comments
Post a Comment