Skip to main content

Perkembangan Terkini Kecergasan Thiago, Naby Keita Dan Fabinho

Naby Keita dijangka akan diturunkan dalam perlawanan menentang Brighton di Anfield, manakala Thiago juga semakin hampir untuk diturunkan. 


Dalam perlawanan menentang Man United, Keita terpaksa diusung keluar ketika separuh masa kedua berikutan terjahan keras Paul Pogba hingga memaksa pengadil melayangkan kad merah.

Namun hasil pemeriksaan lanjutan mendedahkan Keita tidak mengalami kecederaan serius dan telah menjalani latihan berpasukan di Kirkby. 

Thiago juga difahamkan telah menyertai latihan berpasukan sejak Selasa dengan sebelum ini mengalami kecederaan betis namun Fabinho masih tersisih berikutan kecederaan lutut menjelang perlawanan menentang Brighton hari ini. 

Menurut Klopp :

"Naby Keita nampak baik, kami semua agak terkejut namunn beliau amat bertuah dan telah bersedia untuk diturunkan".

"Fabinho tampak tidak terlalu bagus, agak rumit untuk dijelaskan tetapi cukup untuk beliau tidak dapat diturunkan ketika ini. Saya menunggu berita mengenai beliau namun ketika ini beliau tidak menjalani latihan berpasukan dan ia merupakan petanda yang kurang baik".

"Thiago telah menjalani latihan berpasukan sejak Selasa. Beliau mengikuti beberapa sesi latihan namun ia tidak bermakna beliau akan diturunkan".

"Kami akan lihat apa yang kami boleh lakukan terhadap beliau. Beliau lebih baik dari minggu lepas, jauh lebih baik tetapi kami akan lihat bagaimana keadaan beliau dahulu".

ADMIN

Kemungkinan Naby dalam kesebelasan utama, Thiago di bangku simpanan dan Fabinho tersisih.

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan