Skip to main content

Perkembangan Terkini Kecergasan Keita, Thiago, Fabinho,Milner Dan Kelleher

Sebelum ini James Milner dan Naby Keita terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan menentang Man United, manakala Fabinho telah terlepas perlawanan tersebut.


Thiago Alcantara kini semakin hampir untuk pulih, manakala Kelleher dijangka terlepas untuk perlawanan awal pagi Khamis menentang Preston.

Menurut Pep Ljinders menerusi sidang media :

"Millie merasai sesuatu yang tidak kena pada hamstring ketika itu".

"Dan Mason Greenwood ketika itu dan Millie berkata beliau harus mengejarnya - itulah sifat Millie yang meletakkan kepentingan pasukan dahulu. Beliau mengalami kecederaan dalam situasi itu".

"Ianya menggambarkan karakter yang beliau miliki dan kekuatan semangat untuk meletakkan pasukan dahulu. Beliau mungkin akan tersisih hingga cuti perlawanan antarabangsa. Ianya panjang, namun kami lebih memerlukan beliau selepas tempoh itu".

"Jawatan saya di sini sebagai pembantu pengurus namun boleh diisi oleh Millie buat masa sekarang. Kami sering berbincang antara staf dan pemain, dan itu cara bagaimana beliau membantu pengurus. Beliau masih mempunyai peranan di kelab dan dia tahu mengenai itu. Beliau sentiasa bersuara".

"Naby mengalami lebam, jadi kami memantau bagaimana situasinya setiap hari. Beliau nampak baik".

"Fabinho juga belum bersedia untuk perlawanan esok. Kami memantau perkembangannya setiap hari. Diharap beliau mampu bersedia untuk Sabtu ini".

"Thiago semakin hampir untuk menjalani latihan berpasukan. Namun terlalu awal buat beliau untuk perlawanan menentang Brighton. Sangat bagus bila beliau akan kembali terutamanya situasi sekarang".

"Kelleher sebelum ini jatuh sakit, namun telah menjalani latihan namun tidak akan terlibat untuk perlawanan esok".

ADMIN

Adrian mungkin diturunkan? Who knows. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football