Skip to main content

NON LFC | Barca Pecat Ronald Koeman Selaku Pengurus - Namun Ole Bukan Pilihan Joan Laporta

Kekalahan kepada Rayo Vallecano merupakan titik noktah karier Koeman di Barca. 


Goal juga mendedahkan bahawa jawatan pengurus telah ditawarkan kepada lagenda kelab Xavi dan bukannya Ole di Man United. 

Barca kini menduduki tanggan ke 9 La Liga dengan hanya memenangi 4 dari 10 perlawanan liga.

Kelab itu juga bergelut dalam kancah UCL musim ini, sekaligus menjadi penyebab juga mengapa Koeman ditunjukkan jalan keluar kelab serta merta 

Menurut kenyataan Barcelona :

"Presiden kelab Joan Laporta telah memaklumkan kepada Koeman mengenai perkara itu sejurus selepas kekalahan kepada Vallecano".

"Beliau akan mengucapkan selamat tinggal buat pemainnya di Cuidad Deportiva pada Khamis".

"FC Barcelona mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti beliau kepada kelab dan semoga berjaya ke atas beliau selepas ini".

Bekas pemain tengah Barca dan kini ketua jurulatih Al Sadd, Xavi telah ditawarkan jawatan tersebut. 

Xavi mempunyai klausa pelepasan oleh kelab Qatar itu dan difahamkan mahu kembali ke Barcelona tetapi kelab harus mengemukakan bayaran yang setimpal untuk khidmat pengurus itu. 

Joan Laporta telah hilang keyakinan terhadap Ronald Koeman sejak beberapa minggu lepas, tetapi masih diberikan peluang dan ruang untuk memperbaiki pasukan meskipun bermula dengan agak perlahan.

Namun dua kekalahan berterusan di atas Rayo Vallecano, dan sebelum itu tewas kepada Real Madrid 2 - 1 maka Laporta berfikir bahawa perubahan harus segera dilakukan. 

Ronald Koeman dilantik sebagai pengurus kelab pada Ogos 2020, setelah Quentin Sentin dipecat berikutan kekalahan memalukan 8 - 2 ke atas Bayern Munich dalam UCL. 

Seperti biasa Koeman juga bergelut dalam musim pertamanya di Barca, namun berjaya membawa kejuaraan Copa Del Rey kembali ke Barcelona. 

Musim panas lepas menyaksikan kelab itu bergelut dengan kewangan yang teruk, apabila terpaksa melepaskan Messi secara percuma berikutan kelab tidak mampu menawarkan tawaran kontrak baru lumayan. 

Dalam 67 perlawanan yang dikendalikan Koeman, beliau mencatatkan 40 kemenangan, 11 seri dan 16 kekalahan.

ADMIN

Begitulah bolasepak. Thanks Koeman. 

Sumber : Goal.com

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football