Taki dan "Magic" Origi masing masing menjaringkan gol di separuh masa kedua.
Jurgen Klopp melakukan rombakan dalam kesebelasan utama, apabila menurunkan pemain muda Harvey Blair dan Tylor Morton di kesebelasan utama dengan Adrian selaku penjaga gawang.
Manakala tuan rumah menurunkan pemain Liverpool yang dipinjamkan, Sepp Van Den Berg setelah diberikan kebenaran kelab.
Ketika ini juga kedua dua pasukan melakukan hampir 20 rombakan posisi, dengan 11 dari Liverpool dan 9 dari Preston yang menyaksikan The Reds bermula dengan rentak perlahan.
Pengurus Preston Frankie Mcevoy melakukan pendekatan negatif dalam pasukan apabila mencorak formasi 5 - 4 - 1 dengan hanya Tom Berkhuizen di kawasan Liverpool.
Pemain muda Harvey Blair di mana merupakan penampilan pertama dalam skuad senior, sering menjadi sasaran untuk melakukan larian manakala Minamino dan Jones beraksi lebih baik dari segi bertukar tukar hantaran.
Liverpool hampir dihukum dengan beberapa kesilapan mudan terutama dari Gomez, dengan peluang terbaik Preston dinafikan oleh pemain di atas garisan gol sebelum follow up seterusnya melewati palang.
Separuh masa kedua menyaksikan Nat Phillips dibawa masuk menggantikan Joel Matip, pertukaran yang dirancang awal.
Liverpool hampir membuka jaringan seawal minit kedua separuh masa namun hanya hantaran Ox kepada Minamino yang gagal disudahkan.
Ox hampir melakukan jaringan jarak jauh selepas itu, dengan Blair dikeluarkan untuk Bradley di mana pemain yang melakukan debut pertamanya itu gagal mencipta sebarang peluang.
Neco mengisi slot posisi sayap kanan, dan hantaran Tylor Morton itulah yang menemui beliau dan kemudian disudahi dengan satu hantaran lintang pendek untuk Minamino menguis masuk bagi membuka jaringan.
Di minit akhir perlawanan, moment magik dilakukan oleh Lord Origi apabila melakukan flick di hadapan gol melepasi penjaga gol Preston Declan Rudd sekaligus memastikan laluan Liverpool ke Suku Akhir Carabao Cup telah terjamin.
Berikut adalah video jaringan Origi.
ADMIN
Istilah lord bolasepak sebenar. Divock Origi. YNWA.
Comments
Post a Comment