Skip to main content

Liverpool Gagal Kekalkan Kelebihan Dua Gol - Dipaksa Berkongsi Mata Selepas Seri 2 - 2

Mendahului 2 gol awal menerusi Hendo dan Mane namun kealpaan pasukan memberikan peluang Brighton menyamakan kedudukan. 


Jurgen Klopp menggandingkan semula Konate dan Van Dijk di bahagian pertahanan tengah, dengan Keita dan Mane kembali dalam kesebelasan utama. 


Manakala Brighton menyenaraikan bekas pemain Adam Lallana di kesebelasan utama, dengan Trossard dan Mwepo di barisan serangan.


Brighton bermula dengan baik apabila Sonny March melepasi perangkap ofsaid seawal minit kedua dan melepaskan rembatan dari sudut sukar, namun ditepis baik oleh Alisson. 

Seminit selepas itu, Liverpool berjaya membuka jaringan apabila kawalan kemas Mo Salah hasil hantaran jauh Van Dijk, memberikan ruang buat Hendo melepaskan rembatan ke gawang. 

Di minit ke 15, Konate kehilangan bola dengan Bissouma dan membawa bola ke kawasan luar petak Liverpool, disusuli satu rembatan tetapi ditepis oleh Ali dan terkena tiang. 

Seminit selepas itu juga, satu kuisan lob dari Firmino di hadapan gol selepas menerima hantaran Mo Salah juga tinggi melewati palang. 

Sumbangan Keita untuk Liverpool akhirnya berakhir seawal minit ke 18, apabila mengalami kecederaan dan terpaksa digantikan dengan Oxlade Chamberlain. 

Gol kedua Liverpool hadir pada minit ke 23, apabila satu hantaran lintang jauh oleh Oxlade tepat untuk Mane menanduk masuk bagi menjadikan 2 - 0. 

Liverpool sebenarnya hampir berpeluang menambah gol di minit ke 33, apabila Mane menguis masuk clearance yang cuba dilakukan Sanchez tetapi VAR membatalkan gol tersebut setelah terkena tangan Mane terlebih dahulu sebelum menerjah jaring. 

Dan Brighton berjaya merapatkan kedudukan ketika perlawanan separuh masa pertama berbaki 5 minit, dengan Mwepu melakukan rembatan lencong luar petak melepasi jangkauan Alisson bagi merapatkan kedudukan 2 - 1. 

Bersambung babak kedua, kedua dua pasukan cuba memperkemaskan rentak permainan. Salah hampir mendapatkan gol ketiga di minit ke 47, namun dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid. 

Seminit selepas itu, giliran Adam Lallana yang bertukar tukar hantaran dengan March melepaskan rembatan ke gol tetapi terkena celah kaki Alisson dan berjaya mendakap bola. 

Liverpool semakin hilang penguasaan dan tenaga, manakala Brighton mula mendapat rentak dengan kelajuan kelajuan dari segi transition. 

Dan akhirnya mereka berjaya menyamakan kedudukan apabila Trossard yang melepasi kawalan VVD dan Robbo, melakukan rembatan yang menewaskan Alisson bagi menjadikan kedudukan 2 - 2. 

Brighton sepatutnya mendapatkan gol dari Trossard sekali lagi di minit ke 75, tetapi dibatalkan akibat ofsaid. 

Dua pertukaran lewat dilakukan pada minit ke 77 dan 86, dengan memasukkan Jota dan Minamino namun gagal mengubah keputusan perlawanan. 

ADMIN

Kita harus terima pasukan ini beraksi di bawah prestasi sebenar. YNWA. 

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan