Skip to main content

Liverpool Bersedia Melepaskan Karius Pada Januari Nanti

 


Liverpool dikatakan mahu melepaskan Karius untuk memberi peluang kepada pemain tersebut dan menghidupkan semula karier bolasepaknya dan beliau akan menjadi ejen bebas kemungkinan pada Januari nanti walaupun masih mempunyai kontrak sehingga Jun 2022.


Karius tidak pernah bermain sebarang perlawanan kompetitif bersama Liverpool semenjak 2018 dimana beliau melakukan dua kesilapan besar dalam final UCL menentang Real Madrid. Liverpool membuat keputusan untuk meminjamkan beliau kepada Besiktas dan Union Berlin namun masih gagal untuk menjadikan perpindahan tersebut menjadi tetap.

Manakala di Liverpool pula beliau tidak mempunyai peluang untuk membuktikan keupayaannya keranan beliau di belakang Kelleher dan Adrian dalam posisi penjaga gol dan membuatkan beliau mungkin akan dilepaskan dalam tempoh perpindahan Januari kelak.

Pihak Liverpool mungkin tidak menghebohkan situasi beliau namun difahamkan keputusan tersebut adalah demi menghidupkan semula karier bolasepak beliau di kelab lain. Ejen beliau berusaha untuk mendapatkan kelab baru namun walaupun minat yang ditunjukkan oleh Basel dan Montpellier tetapi usaha tersebut masih gagal dan beliau kekal sebagai pemain Liverpool.

Percubaan kali terakhir untuk mendapatkan yuran perpindahan untuk beliau pada musim lepas masih gagal dan kini sumber dalaman kelab mungkin akan melepaskan beliau secara percuma walaupun mempunyai baki kontrak.

Walaupun ketika perlawanan menentang Preston beliau tidak mengalami kecederaan namun Klopp tidak meletakkan beliau sebagai pilihan untuk menggantikan Kelleher yang mengalami kecederaan dan Adrian selaku penjaga gol ketiga diturunkan. 


ADMIN

Liverpool sudah berusaha menghidupkan karier bolasepak beliau semula dengan melepaskan beliau ke Besiktas dan Union Berlin, kini pilihan di tangan beliau bagaimana mahu menghidupkan semula karier beliau di kelab lain kelak. YNWA

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football