Terdapat laporan bahawa ada kemungkinan AFCON akan ditangguhkan atau lewat atas beberapa faktor. Badan induk bolasepak Afrika tersebut mahu membuat pemerhatian segera ke atas beberapa bahagian terutamanya masalah persediaan infrastruktur hos, Cameroon sebelum kejohanan bermula pada Januari nanti.
Liverpool dijangka akan kehilangan tiga pemain utama iaitu Salah, Mane dan Keita sekiranya AFCON tetap akan berjalan dan Liverpool akan mendapat kelebihan sekiranya kejohanan Afrika tersebut ditangguhkan.
Dengan Liverpool ketika ini sedang berjuang dalam setiap kejohanan, Liverpool juga berharap mereka akan tetap memiliki pasukan utama mereka dan berharap kejohanan tersebut dibatalkan.
CAF telah mengeluarkan kenyataan di media sosial :
ADMIN
Ada baik dan buruk sekiranya AFCON tetap berjalan. Kesan kepada kelab atas sebab kehilangan pemain utama dan kecederaan ketika beraksi di negara masing-masing dan pemain pula akan berkhidmat untuk negara kesayangan mereka.
Comments
Post a Comment