Skip to main content

Jurgen Klopp Mahu Mempersiapkan Tyler Morton Untuk Menembusi Skuad Utama LFC

Beliau memuji barisan pemain mudanya ketika mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Preston dalam aksi Carabao Cup.


Morton melakukan penampilan kesebelasan pertamanya dalam skuad senior Liverpool, dengan seorang lagi pemain muda Harvey Blair turut diturunkan buat pertama kali. 

Conor Bradley, Owen Beck dan Elijah Dixon Bonner turut diturunkan sebagai pemain gantian, manakala Neco William mencipta 2 assist buat Liverpool awal pagi tadi. 

Persembahan yang agak sederhana daripada pemain muda, namun telah dijangka akan berlaku berikutan 11 pertukaran yang dilakukan Klopp sebelum perlawanan ini. 

Bercakap menerusi Sky Sport, Klopp memuji barisan pemain muda beliau, sambil memberi pujian kepada Morton namun mengakui pemain itu harus dihantar ke gym. 

"Anda boleh lihat Tyler Morton, saya memberitahu beliau bahawa kami akan menghantar beliau terus ke gym selepas ini". 

"Jika beliau kembali berfizikal, beliau akan menjadi pemain yang sangat bagus".

"Bolasepak adalah permainan berfizikal, namun jika pemain itu bijak ia merupakan satu kelebihan".

Sebelum itu juga Klopp membawa keluar Blair yang tampak bergelut di barisan hadapan, dengan hanya melakukan 10 penampilan bersama Skuad Bawah 18 Tahun Liverpool. 

Namun Klopp melontarkan simpati buat Blair yang jelas sukar bermain dengan baik, dan menyatakan itu bukanlah perlawanan terakhir beliau bersama skuad senior. 

"Harvey adalah bakat yang bagus, namun sebagai penyerang beliau perlukan hantaran hantaran baik dan berada di posisi yang betul".

"Anda tidak boleh menjangkakan beliau bermain buat pertama kali, menentang pasukan Liga Championship dan mahu melihat beliau melepasi 4 pemain lawan serta menjaringkan gol dari sudut sukar".

"Conor Bradley adalah bakat yang bagus. Saya sukakan semangatnya, beliau bersemangat dan memiliki kelajuan yang baik".

"Elijah layak untuk mendapatkan beberapa minit permainan. Semja orang tahu juga Owen Beck terlibat sepenuhnya dalam sesi latihan pramusim, bermain dalam perlawanan persahabatan dan bakat terbaik".

"Saya suka bila kami memberikan peluang untuk pemain muda terlibat dalam perlawanan, meskipun hanya beberapa minit".

"Ianya permulaan buat mereka. Ianya bukan perlawanan terakhir buat mereka. Perlawanan pertama untuk sesetengah pemain. Dan mereka boleh meneruskan langkah seterusnya selepas ini".

ADMIN

Ya bagi peluang untuk pemain muda kita menyerlah dalam skuad utama. YNWA. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football