Beliau merasai perasaan peminat ketika ini di mana mempersia siakan 3 mata setelah seri 2 - 2 dengan Brighton, meskipun mendahului 2 - 0 pada satu ketika.
Jurgen Klopp menjangkakan ujian getir dari pasukan bimbingan Graham Potter, dan apa yang diperkatakan oleh beliau itu sememangnya benar.
Liverpool mendahului 2 - 0 seawal minit ke 24 perlawanan, namun kesilapan demi kesilapan dan Brighton semakin menguasai perlawanan membolehkan mereka mampu menjaringkan 2 gol selepas itu.
Enock Mwepu dan Leandro Trossard menjaringkan gol, dengan Liverpool tampak seperti keletihan dari segi fizikal dan mental menjejaskan persembahan mereka.
Dan penilaian Klopp mendedahkan bahawa "mereka tidak cukup bagus" dalam perlawanan ini sama seperti gerak bahasa tubuh sesetengah pemain dalam perlawanan tersebut.
"Ibarat seperti tewas dalam perlawanan ini. Ianya bukan sekadar mendahului 2 gol namun gagal mencatatkan kemenangan. Ianya disebabkan 2 gol yang terbaik dalam perlawanan ini, telah dibatalkan".
"Gol pressing Mane itu dibatalkan. Jika anda mahu tahu bagaimana corak permainan pressing, anda dapat lihat dari situasi itu. Malangnya dibatalkan akibat terkena tangan rasanya".
"Moment dalam separuh masa pertama, bagaimana kami menunjukkan kami sebenarnya mampu untuk menang ke atas Brighton, melakukan hantaran yang bagus dan bermain dengan baik tetapi masa itu hanya berkedudukan 2 - 0".
"Separuh masa kedua, kami tidak cukup bagus. Saya tidak sukakan gerak tubuh mereka. Ianya seperti menyatakan, mereka sangat kental. Tetapi saya sudah nyatakan sebelum awal perlawanan lagi".
"Cara terbaik untuk bertahan menentang Brighton adalah menguasai bola dan menghantar ke ruang yang mereka dedahkan. Namun kami tidak melakukannya dan itu masalah sebenar kami".
"Ianya keputusan seri ketiga buat kami di Anfield dalam liga, dan itu yang kami harus perbaiki untuk melangkah lebih jauh selepas ini".
ADMIN
Yeap, second half mereka nampak tenggelam. Tapi way to improve itu masih ada. Kita masih boleh lagi. YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment