Skip to main content

Cesc Fabregas Menyatakan Bintang Liverpool Pemain Terbaik Dunia!


 Bekas pemain Arsenal dan Chelsea tersebut membuat sesi pertanyaan di laman Twitter nya dan beberapa daripada peminat menanyakan beberapa soalan yang terutamanya mengenai kariernya di EPL.

Fabregas yang menhabiskan masa selama lapan tahun di Arsenal sebelum berpindah ke Barcelona dimana beliau berkembang di akademi La Masia ketika permulaan kariernya.

Pemain Sepanyol tersebut kembali semula ke EPL dan kali ini beraksi di Chelsea pada tahun 2014 dan menghabiskan tempoh lima tahun sebelum bermain di Perancis untuk mewakili AS Monaco.

Sepanjang beliau di Arsenal dan Chelsea, beliau sering menentang Liverpool. Dalam sesi tersebut beliau menjawab beberapa soalan dari peminat.

Beliau menjawab soalan yang diajukan oleh seorang peminat yang membuat perbandingan antara Lampard dan Gerrard, beliau lantas menjawab, " Saya benci membuat perbandingan."




Kedua-dua pemain tersebut adalah antara pemain tengah terbaik pada zaman mereka walaupun dari segi kejuaraan mungkin memihak kepada Lampard tetapi kedua-duanya memberi sumbangan yang besar terhadap bolasepak.

Beralih kepada pemain Liverpool ketika ini, beliau menjawab solan yang ditanya siapakah pemain terbaik dunia bagi posisi False 9. Beliau mudah menjawab, "Mudah, Roberto Firmino"




Kemudian, beliau juga ditanya mengenai stadium kegemaran ketika bertandang, beliau menjawab. "Ketika bertandang,  semestinya Anfield. Saya gemar bermain di sana."


Beliau juga menjawab ketika beliau ditanya siapakah pemain yang paling sukar untuk ditentang di atas padang ketika mewakili Arsenal. Beliau menjawab "Steven Gerrard".



Anfield cukup memberi kesukaran kepada pasukan dan pemain yang datang bertandang di sini. Para penyokong memberi sokongan yang jitu kepada kelab tidak kira waktu yang sukar atau ketika kelab mempunyai prestasi terbaik ketika ini.


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football