Skip to main content

Brighton Menyakat Cucurella Mengenai Mo Salah - Rekod 10 Gol Berterusan Berakhir

Kelab Selatan England itu tidak akan bertemu Liverpool sekurang kurangnya hingga bulan Mac tahun depan.


Namun kelab itu sempat memuatnaik Tweet untuk berseloroh berikutan keputusan seri 2 - 2 di Anfield pada Ahad lepas.

Mo Salah gagal menyumbat sebarang gol buat pertama kali sejak 11 perlawanan sebelumnya, selepas menjaringkan gol ketika menentang Chelsea, Leeds, AC Milan, Crystal Palace, Brentford, Porto, Man City, Watford, Atletico Madrid dan Man United. 

Namun beliau berjaya menyumbang satu assist buat Jordan Henderson untuk gol pembukaan, manakala gol beliau di separuh masa kedua dibatalkan berikutan ofsaid. 

Keputusan yang amat mengecewakan buat Liverpool, manakala Brighton menjadi semakin baik menjelang tamat permainan dengan Marc Cucurela menunjukkan peningkatan penuh dalam perlawanan. 

Cucurela agak bergelut pada awal permainan, namu berjaya bangkit untuk merantai pergerakan antara pemain terbaik dunia untuk sepanjang perlawanan hingga tamat permainan. 

Brighton amat berpuas hati dengan prestasi Cucurela ketika itu, dan memuatnaik satu Tweet mengusik pemain tersebut.

Brighton menyatakan adakah Cucurela kini sedang "mengosongkan poketnya", sekaligus memberi maksud telah berjaya untuk mendiamkan Mo Salah sepanjang perlawanan. 

Ianya sesuatu yang normal buat halaman rasmi Twitter kelab membahan sesama sendiri, namun diharap Mo Salah dapat membuktikan banter itu silap dalam pertemuan kedua kelab pada Mac hadapan. 

ADMIN

Atletico Madrid sangat berminat bagaimana Brighton merantai Mo Salah, dan mungkin melakukan perkara yang sama. YNWA.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football