Skip to main content

Arrigo Sacchi : "Pasukan Liverpool Kini Ibarat Sebuah Karya Agung"

Jurulatih lagenda Itali itu merupakan salah satu pengurus terbaik Azzuri sepanjang zaman.


Pasukan AC Milan di bawah Arrigo Sacchi telah menjulang kejuaraan Eropah (UCL) secara berterusan pada 1989 dan 1990, dengan Jurgen Klopp telah mendedahkan sebelum ini bahawa pengurus dari Itali itu merupakan role model beliau.

"Apa yang menjadikan saya jurulatih adalah saya belajar sedikit daripada bekas jurulatih Wolfgang Frank, dan juga daripada Arrigo Sachi".

"Kami tahu jika Arrigo Sacchi dapat melakukan sesuatu terhadap Maldini, Baresi, Albertini makan kami dapat melakukan perkara yang serupa".

Dan bagi sesiapa yang melihat bagaimana pengurusan Sacchi terhadap pasukan Milan dan Itali, terdapat persamaan ketara di antara filosofi beliau dan Klopp.

Sacchi sendiri telah memuji bagaimana persembahan pasukan Liverpool di bawah Klopp menerusi temuramah bersama Carra di Telegraph :

"Pasukan Liverpool kini ibarat sebuah karya agung".

"Pasukan yang hebat tanpa sebarang bintang. Pasukan bolasepak sebenar".

"And boleh lihat setiap pemain bermain sepasukan, manakala pasukan lain pemainnya bermain secara individu. 80% masa permainan menyaksikan mereka bergerak ketika menguasai bola".

"Jika mereka adalah pasukan orkesta, tempo mereka adalah tepat pada waktunya".

Dan Sacchi sendiri memuji Klopp dan Pep Guardiola secara keseluruhannya. 

"Pep dan Klopp adalah dua jurulatih hebat yang memastikan bolasepak sentiasa maju ke hadapan. Tanpa mereka, hilang seri dalam dunia bolasepak".

"Saya menyaksikan Liverpool menentang Barcelona dan ianya sangat emotional. Saya juga beremosi kerana mereka bukan sekadar memenangi perlawanan namun memenangi sesuatu untuk bandaraya itu. Dalam dunia selepas ini, saya mahu menjadi jurulatih di England".

Untuk peminat Liverpool, pujian itu menggambarkan betapa bagusnya Jurgen Klopp buat masa sekarang. Pasukan ini akan diingati sepanjang zaman.

ADMIN

Jurgen Klopp mengadaptasi taktikal Arrigo Saachi untuk diterjemahkan dalam pendekatan beliau sekarang meskipun berbeza formasi. 

Lain kali kita ceritakan. YNWA.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football