Kemenangan 5 - 0 Liverpool ke atas Man United bukan sahaja mencipta pelbagai sejarah, namun meletakkan Ole dalam episod Tanah Kubur kerjaya di Old Trafford.
Cerita yang amat mudah disampaikan sebab Man United buat plot berulang di separuh masa pertama.
LINEUP
Liverpool seperti biasa membariskan formasi 4 - 3 - 3 mereka, seperti kebiasaan.
Seperti biasa bila lihat nama Konate dan Milner di kesebelasan utama, ramai peminat dah gelabah puyuh dan menjangkakan perlawanan yang cukup sukar buat Liverpool.
Manakala Man United turun dengan formasi 4 2 3 1 dengan pemain tanpa bayang mereka, CR7 di bahagian serangan.
FIRST HALF.
Perasan tak di awal perlawanan, Bruno mendapat peluang untuk membuka jaringan?
Actually Man United telah set up Bruno untuk occupied zon 14, bertindak sebagai second striker Man United.
Greenwood akan cut inside ke half space, allowing Wan Bissaka akan move sebagai wing back.
Tapi apa yang menjadi masalah besar ialah Lindelof, Maguire dan Shaw shifting ke kanan untuk cover space yang ditinggalkan Wan Bissaka, dan Shaw tinggalkan space besar di kiri.
Ini membantu Liverpool memudahkan kerja mereka, dengan Keita dan Salah occupied wide area dan half space di sebelah Shaw.
Bukan sahaja create 2 v 1, tetapi menimbulkan masalah bila Rashford tak turun untuk bantu Shaw.
Keita sebenarnya di advanced midfield position, manakala Milner dan Hendo cover di bahagian tengah.
Interchange Robbo, Milner dan Jota akan create issue defending di wide area Wan Bissaka, di mana almost gol Liverpool dibina dari sebelah kiri.
Dan kesilapan pencaturan Man United itu membawa padah dengan gol pertama Liverpool.
Mudah betul Keita menjaringkan gol. Kan? Maggi pun belum sempat masak.
Kehadiran Maguire dan Shaw di posisi sama, mencetuskan konflik dan isu organisation defending. Dan Liverpool beroleh gol kedua dari kawasan yang sama.
Dan Jota tiada masalah untuk tap masuk, mengakhiri kemarau tanpa gol beliau. Orang petik Mane juga padahal member tu setiap game score.
Masalah yang sama juga tidak fixed during game, dan Mo Salah hampir mencipta masalah lagi buat United di half space.
The Reds mendahului selesa 4 - 0 di separuh masa pertama.
SEPARUH MASA KEDUA
Ole tukar formasi pasukan untuk jadi lebih kompak di tengah dan cuba untuk melakukan comeback 7 - 4.
Dan half space kiri sekali lagi menjadi lubuk Liverpool menambah gol, dengan passing 20 petala langit Hendo tepat untuk Mo melakukan larian ke half space kiri.
Sepatutnya turning point adalah apabila Pogba dilayangkan kad merah, dan Liverpool nak tambah gol lagi bagi memalukan United ke gua terdalam di dunia.
Kata 10 vs 11 bolehlah menang, tapi lawan 11 orang pun dah skor 5 gol dalam perlawanan tak sampai sejam. Nak banter tu biarla logik. Abang gurau k.
Ole memasukkan Dalot untuk bantu Shaw, tutup gap kiri dan hanya melakukan damaged control sebelum kena sampai 7 - 8 gol.
Liverpool pula bermain dalam in game management dia, keep the ball, pass simple untuk maintain leading besar.
United mempunyai dua peluang untuk cari gol saguhati, dengan peluang CR7 yang ofsaid serta peluang Cavani yang terkena palang.
Tapi kalau bola tu tak nak masuk, buat lah apa sahaja tetap juga tak akan masuk.
RUMUSAN
Unsung hero sebenar adalah Ibou. Atau nama sebenar Ibrahima Konate. Memula je korang tak caya dengan dia kan? Jujurlah.
Actually dia big game player. Dahla badan besar.
Kekuatan United adalah long diagonal ball. Ibou ada, dengan speed strength dia neutralize long ball, cross dan even isolate Ronaldo.
Beli £36 juta, bargain price untuk pemain begini. Long term. Benda benda begini yang buat differ untuk team.
Sebelum injured Naby Keita is among our best player vs United. Kenapa Klopp suka Keita walaupun kaca?
According dari Bos LMREDS Mohd Zahari bersama Nazz The Legend :
Liverpool beli dia ada dua sebab utama. Pressing yang berkualiti dan kemampuan untuk ubah dari defensif ke attacking dengan pantas.
Ole bukan sahaja buat kesilapan taktikal, tetapi menurunkan pemain yang tidak cergas. Selalunya kalau pemain hanya boleh bermain jika dah terlibat dalam team training.
Tetapi Fred hanya dalam late fitness test, Bruno sebelum itu cedera. Sama dengan Rashford dan Maguire yang sebelum itu tak fit.
Kenapa Ole tak percaya dengan Sancho? Kenapa tak turunkan Dalot? Cavani sepatutnya start perlawanan ini? Lord Lingard pun tak turun? Pogba bench. Itu semua persoalan besar.
Perlu diingatkan bahawa Liverpool sebelum game ni, diorang lawan Atletico Madrid. Juara La Liga.
Juara La Liga pun kena tibai kat home sampai 3 gol, apatah lagi lawan Man United. Dahlah setakat ni Liverpool jarang tak skor 3 gol ke atas di gelanggang lawan.
ADMIN
Seperti biasa ini hasil karya abang. Sebarang agree to disagree adalah tidak dilayan sepenuhnya. Haha
Kesilapan pencaturan Ole, kesilapan pemain United meletakkan Ole di hujung gaung untuk ditolak ke senarai bekas pengurus. Tolong la save Ole, Ole stay plzzz .....
Liverpool semakin hari semakin dapat form dia. Trust the process sebenar. YNWA.
Last word : fans Man United okay ke tu? Gurau.
Comments
Post a Comment