Pengerusi Liverpool itu percaya EPL akan mengemukakan pelan seterusnya untuk membantu meningkatkan semangat patriotik di UK.
Tom Werner Adalah Pengerusi Liverpool FC. Sumber Foto : PA |
Ketika ini bolasepak di UK sedang digantung berikutan penularan Covid 19 dengan Liga Scotland telah pun ditamatkan.
Namun EPL tetap dengan keputusan mahu meneruskan baki perlawanan musim ini dengan kebanyakan pasukan masih mempunyai baki sekurang kurangnya 9 perlawanan lagi.
Perbincangan masih diteruskan menerusi sidang video antara 20 kelab EPL yang mahu meneruskan pelan seperti Bundesliga lakukan pada minggu lepas.
Liverpool pula memerlukan sekurang kurangnya 6 mata untuk dinobatkan sebagai juara liga, dan mereka telah kembali untuk menjalani latihan di Melwood setakat ini dan berharap liga akan bersambung tidak lama lagi.
Dan Tom Werner menjelaskan bahawa ujian berterusan untuk pengesanan Covid 19 adalah kunci untuk Project Restart itu dilaksanakan.
Selain itu beliau menyatakan Project Restart ini akan membantu menaikkan semangat patriotik di kala negara masih menjalani perintah berkurung buat masa sekarang.
Menurut Werner :
"Terdapat elemen risiko kecil mengenai ini, namun ianya akan selamat sekiranya ujian demi ujian dijalankan".
"Apa yang penting jika kerajaan dan pakar kesihatan merasakan ianya tidak selamat, maka tiada bolasepak. Namun kami berharap mereka dapat mencari jalan penyelesaian untuk ini".
"Keselamatan harus diutamakan. Saya berpendapat protokol untuk bolasepak semakin berjaya, mungkin ianya lebih selamat jika bolasepak dimainkan di stadium tertutup berbanding pergi ke pasaraya".
"Kita semua mengalami situasi sukar buat masa sekarang. Dan saya berharap, satu hari vaksin dapat ditemui dan kita dapat menonton semula bolasepak dengan selamat".
ADMIN
Ketika ini semua staf dan pemain Liverpool sudah turun menjalani latihan di Melwood.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment