Mereka juga mencadangkan mana mana perlawanan di mana Liverpool akan menjulang kejuaraan juga dimainkan di gelanggang berkecuali.
Merseyside Derby dijangka akan disambung pada pertengahan Jun. Sumber Foto : Getty Images |
Dan beberapa perlawanan yang diadakan dijangka bermain di gelanggang berkecuali termasuk perlawanan derbi.
Penguatkuasaan itu belum sah lagi namun kenyataan dari Timbalan Ketua Polis, Mark Roberts mencadangkan bahawa beberapa perlawanan diadakan di gelanggang berkecuali.
20 kelab telah bersetuju untuk liga bersambung pada 17 Jun dan dijangka perlawanan Merseyside Derby akan berlangsung pada 20 Jun.
Menurut Roberts :
"Perbincangan dengan Premier League berlangsung dengan positif, dengan fokus adalah berkaitan dengan prioriti kesihatan awam".
"Majoriti baki perlawanan akan dimainkan di gelanggang sendiri dan lawan, dengan beberapa perlawanan kecil akan dimainkan di neutral venue bertentangan dengan khabar angin sebelum ini".
"Pelan ini terus dikaji semula untuk memastikan keselamatan dan kesihatan awam adalah sentiasa menjadi keutamaan dengan mematuhi penjarakkan sosial dan tidak berkumpul di luar stadium".
ADMIN
Okay je. Takde masalah. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment