Skip to main content

Newcastle United Menyasarkan Xherdan Shaqiri Sebagai Prospek Perpindahan Musim Hadapan

Pemain dari Switzerland ini mempunyai minit permainan yang kurang di Liverpool dengan hanya melakukan 10 penampilan musim ini.

Xherdan Shaqiri merupakan antara pemain yang menjadi sasaran beberapa kelab. Sumber Foto : Gettyimages
Beliau merupakan pemain yang dibawa masuk oleh Jurgen Klopp 2 tahun lepas dan memainkan peranan penting bersama Liverpool terutama membantu kelab itu menjuarai UCL musim lepas.

Namun musim ini penglibatan beliau hanya melibatkan 10 penampilan sahaja berikutan masalah kecergasan dan sering mengalami kecederaan dengan kali terakhir beliau diturunkan adalah pada 11 Januari lepas ketika menentang Spurs. 

Difahamkan Roma dan Sevilla berminat mahu mendapatkan pemain ini pada Januari lepas, tetapi Liverpool enggan melepaskan pemain ini berikutan kelab itu masih mempunyai 3 kejohanan major yang masih disertai ketika itu. 

Namun Liverpool tidak menghalang hasrat beliau untuk berpindah sekiranya Newcastle United yang dikhabarkan akan diambil alih oleh PIF Arab Saudi, yang telah menghubungi ejen pemain ini untuk menyatakan minat terhadap pemain itu. 

Shaqiri yang mempunyai baki kontrak 3 tahun berkemungkinan akan dilepaskan, lebih lebih lagi Liverpool telah mendapatkan Takumi Minamino yang mempunyai teknikal yang hampir serupa dengan beliau. 

Adam Lallana juga dijangka akan meninggalkan kelab dengan Leicester City mahu mendapatkan beliau secara percuma. Burnley juga turut berminat mendapatkan pemain berusia 31 tahun tetapi Adam Lallana dijangka mahu berada di bawah bekas bosnya Brendan Rodgers di King Power. 

Kontrak Adam Lallana di Liverpool dijangka tamat pada 30 Jun tetapi Klopp dijangka mahu pemain itu kekal buat sementara waktu di Liverpool dengan Project Restart EPL baru bermula ketika itu. 

Ketika ini sebarang perbincangan belum dilakukan dengan Liverpool kekal dengan pendirian bahawa segala pembaharuan kontrak pemain tidak dilakukan sehingga mereka mendapatkan nilai sebenar berikutan penangguhan bolasepak akibat pandemik Covid 19.

ADMIN

Kalau Shaq dan Lallana mahu meninggalkan Liverpool, itu pilihan mereka. 



Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football