Skip to main content

"Mimpi Ngeri Jadi Realiti" - Respon Peminat Chelsea Ketika Final UCL 2005.

Sebelum itu Liverpool menewaskan Chelsea dalam aksi separuh akhir sebelum melangkah ke Final di Istanbul. 

Jaringan Luis Garcia membawa Liverpool ke Final UCL 2005. Sumber Foto : Gettyimages
Di Istanbul Liverpool meraikan saat saat bermakna apabila dinobatkan juara buat kali kelima dalam kancah bolasepak berprestij kelab kelab Eropah itu. 

Namun sebelum itu Liverpool ketinggalan 3 - 0 di separuh masa pertama sebelum bangkit untuk menyamakan kedudukan 3 - 3 hasio jaringan Steven Gerrard, Vladimir Smicer dan Xabi Alonso. 

Milan sepatutnya telah menjaringkan gol kemenangan di lewat perlawanan masa tambahan, namun dua percubaan dari Andriy Schevchenko dinafikan oleh Jerzy Dudek.di hadapan gol. 

Perlawanan terus diheret ke penentuan sepakan penalti dengan Dietmar Hamann, Vladimir Smicer dan Djibril Cisse menyempurnakan penalti manakala sepakan penalti John Arne Riise ditepis Dida. 

Dudek menepis sepakan penalti oleh Shevchenko sekaligus membawa trofi berprestij itu ke Anfield sejak kali terakhir dimenangi pada 1984.

Namun di sebalik kejayaan itu, terdapat segelintir peminat lain yang mengharapkan skuad Benitez itu tumpas di Istanbul. 

Ketika perlawanan akhir itu, terdapat perbualan di halaman forum penyokong Chelsea di mana mereka memperkatakan mengenai final itu dan mahu Milan ditewaskan. 

Apabila Hernan Crespo menjaringkan gol ketiga Milan sejurus sebelum separuh masa pertama, penyokong Chelsea amat gembira dengan kedudukan itu :

"Keadilan. Liverpool tidak begitu bagus bermain di pentas besar. Itulah akibat jika terlalu berangan angan. Mereka bernasib baik hanya dapat menewaskan kami".

Seorang lagi berkata :

"Saya sukakan ini. Pembalasan untuk Chelsea".

Namun selepas 15 minit, Liverpool menyamakan kedudukan 3 - 3 dan mood di forum itu berubah sama sekali. 

"Jika Liverpool menang, saya tidak akan membaca suratkhabar dan menonton televisyen selama 3 bulan".

Dan selepas sepakan penalti dilakukan dan Liverpool meraih kejuaraan, mood berubah sekelip mata. 

"Mimpi ngeri berlaku" 

Selepas itu Liverpool dan Chelsea memulakan perseteruan mereka dalam liga. 

ADMIN

Begitu juga berlaku ketika semifinal UCL 2019. Semua kata Liverpool akan tersingkir selepas tewas 3 - 0 di Nou Camp ......

Sumber : Liverpool Echo


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football