Skip to main content

Liverpool Mengumumkan Pelantikan Ketua Jurulatih Skuad U.23 Dan U.18 Yang Baru

Barry Lewtas dilantik sebagai ketua jurulatih untuk skuad Bawah 23 Tahun Liverpool.

Liverpool Umumkan Perubahan Hierarki Pasukan. Sumber Foto : Gettyimages
Lewtas yang menyertai Liverpool sejak 2013 telah mengambilalih tugas Neil Critchley yang meninggalkan kelab itu untuk menjadi pengurus Blackpool. 

Jurulatih berusia 39 tahun itu telah berada di Akademi di pelbagai peringkat sebelum menyandang jawatan sebagai Ketua Jurulatih skuad Bawah 18 Tahun Liverpool pada Jun 2018.

Kemasukannya memberi impak untuk pasukam remaja itu dengan meraih trofi Piala FA Remaja sebelum menikmati lagi musim terbaiknya sehingga musim ini ditamatkan. 

Menurut pengurus Akademi, Alex Inglethorpe :

"Barry telah bersama kelab dalam tempoh yang lama dan telah bekerja dengan pelbagai peringkat umur. Itu adalah langkah yang beliau telah ambil setakat ini".

"Beliau telah mencipta suasana yang harmoni di Akademi dengan mencapai keseimbangan antara kemenangan pasukan dan pembangunan bakat muda".

"Apa yang penting adalah kualiti individu yang dimiliki beliau iaitu seseorang yang mencintai kerjayanya dan dedikasi terhadap perlawanan".

"Saya gembira beliau mahu menyahut cabaran baru ini".

Kelab juga mengumumkan bahawa Marc Bridge Wilkinson telah dilantik sebagai jurulatih Bawah 18 Tahun yang baru. 

Sebelum itu beliau telah menghabiskan masa kariernya dengan beraksi lebih 400 perlawanan di Football League, dengan bermain bersama Port Vale, Bradford, Carlisle dan Darlington. 

Beliau menyertai The Reds dari Huddersfield pada 2015 sebagai jurulatih Bawah 14 Tahun dan telah melatih skuad Bawah 16 Tahun untuk dua musim sebelum ini. 

 Tambah Inglethorpe :

"Marc tiba di sini sebagai jurulatih skuad bawah 14 tahun dan beliau merupakan bekas pemain, maka beliau mampu untuk merasai bagaimana membangunkan seseorang pemain itu".

"Beliau amat berdedikasi untuk membangunkan dan menambahbaik kualiti seorang pemain. Sebagai individu beliau seorang yang amat mengambil berat dan sabar dalam melakukan tugasnya".

"Beliau faham akan tugasnya di Akademi dan saya berpendapat adalah wajar khidmat beliau terus disambung".

ADMIN

Tahniah kepada Barry Lewtas dan Marc Bridge Wilkinson. YNWA. 

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football