Bolasepak di Spain akan disambung semula selepas kerajaan dijangka akan melonggarkan perintah berkurung di negara tersebut.
La Liga bakal bersambung semula pada 08 Jun 2020. Sumber Foto : Gettyimages |
Ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Spain, Pedro Sanchez yang memberikan lampu hijau untuk La Liga disambung semula.
Sebelum itu liga telah ditangguhkan dari Mac lepas berikutan penularan Covid 19, dan kerajaan telah berusaha untuk mencari jalan bagi menghabiskan baki kempen liga.
Pegawai La Liga menyasarkan bahawa tarikh 12 Jun merupakan tarikh yang sesuai untuk menyambung semula baki perlawanan liga.
Menurut kenyataan Pedro Sanchez :
"Spain telah melakukan yang terbaik untuk semua orang dan terdapat sinar baharu untuk semua rakyat. Masanya telah tiba untuk menyambung semula aktiviti harian. Bermula 08 Jun, La Liga akan bersambung semula".
Cadangan ini disambut baik oleh Presiden La Liga, Javier Tebas yang teruja mahu melihat bolasepak kembali dimainkan. Beliau menyatakan sebelum ini bahawa liga hanya akan dimainkan jika mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Menurut Tweet Javier Tebas :
"Kami amat gembira dengan keputusan ini. Hasil ini merupakan kerja keras daripada semua pemain, jurulatih dan juga kelab".
"CSD dan ejennya akan terlibat sama. Namun adalah amat penting jika kami mematuhi peraturan sanitasi dan mengawal penularan pandemik, kami tidak akan melonggarkan mana mana sekatan".
Kelab kelab La Liga dibenarkan semula menjalani latihan dalam minggu lepas, walaupun terpaksa mematuhi penjarakan sosial ketika ini.
Perlawanan akan diadakan secara tertutup, di mana untuk meminimakan risiko jangkitan semula.
Ketika ini Barcelona berada di kedudukan teratas La Liga dengan perbezaan 2 mata dari pencabar terdekat, Real Madrid. Manakala Espanyol, Leganes dan Mallorca menghuni tiga tangga terbawah La Liga.
ADMIN
Ini satu lagi perkembangan baik dalam bolasepak Eropah selepas Bundesliga.
Sumber : Goal
Comments
Post a Comment