Skip to main content

Kenyataan Rasmi Premier League - Tarikh EPL Disambung Dan Siaran Langsung Di Kaca Televisyen

Everton dan Liverpool akan bersedia untuk perlawanan Merseyside Derby. 

Project Restart dijangka bermula pada pertengahan Jun. Sumber Foto : Gettyimages
Selain itu EPL juga telah menetapkan tarikh bagi EPL disambung semula, dengan pasukan yang kekurangan 1 perlawanan akan bermain dahulu pada 17 Jun manakala jadual penuh perlawanan akan diadakan pada 19 Jun. 

Pengerusi Richard Masters mengesahkan bahawa tarikh perlawanan itu hanya ditentukan jika keadaan selamat untuk bermain bolasepak dan kesemua baki 92 perlawanan akan disiarkan menerusi siaran langsung di kaca televisyen. 

Siaran langsung itu termasuk  jam 3 petang, sekaligus memansuhkan tradisi "blackout" pada waktu itu bagi membenarkan peminat menonton perlawanan itu secara langsung di kaca televisyen. 

Berikut adalah kenyataan rasmi EPL :

"Pemegang amanah EPL hari ini telah bersetuju dengan tarikh memulakan musim 2019 2020 adalah pada 17 Jun, dengan memastikan semua keselamatan diambil berat ketika itu".

"Aston Villa dan Sheffield United serta Man City vs Liverpool yang sebelum ini tidak dimainkan kerana perlawanan akhir Carabao Cup, akan diadakan pada 17 Jun manakala semua pusingan perlawanan penuh akan dimainkan pada 19 Jun".

"Disebabkan penularan Covid 19, kesemua perlawanan akan dijalankan secara tertutup. Ini bermakna kesemua pemegang amanah EPL bersetuju untuk menayangkan semua 92 perlawanan secara langsung di kaca televisyen dengan platform siaran seperti Sky Sports, BT Sports, BBC Sports dan Amazon Prime".

Pelan untuk waktu sepak mula perlawanan juga diubah daripada masa sebelum ini :

( Kesemua perlawanan adalah pada waktu UK )

Jumaat : 8.00 malam
Sabtu : 12.30 tengahari, 3.00 petang, 5.30 petang, 8.00 malam
Ahad : 12.00 tengahari, 2.00 petang, 4.30 petang, 7.00 malam
Isnin : 8.00 malam

ADMIN

Tarikh akan ditetapkan kemudian bergantung kepada keselamatan ketika itu. Football is back!

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football