Pintu perpindahan biasanya dibuka dari Mei hingga Ogos tetapi situasi terkini agak menyukarkan mereka berbuat demikian.
Richard Masters merupakan CEO EPL sekarang. Sumber Foto : Gettyimages |
Dan kelab kelab EPL telah mencadangkan bahawa pintu perpindahan musim panas dibuka dari Ogos hingga Oktober berbanding Mei hingga Ogos ketika mesyuarat bersama pegawai kerajaan pada minggu ini.
EPL akan disambung semula pada 17 Jun hadapan, dengan kelab kelab akan menghabiskan baki 92 perlawanan itu hingga akhir Julai hadapan.
Dengan Pengerusi EPL telah menyatakan kempen EPL 2020 - 2021 dijangka bermula pada 12 - 13 September, kelab kelab EPL hanya mempunyai masa sebulan untuk menyelesaikan perpindahan pemain masuk dan keluar dalam masa sebulan.
Bundesliga dan La Liga dijangka mengikuti jejak langkah yang sama tetapi FIFA hanya mahu menghadkan tempoh perpindahan itu kepada 16 minggu sahaja.
Bercakap dengan Sky Sport, Richard Masters selaku Pengerusi EPL :
"Kami harus bertindak cepat kerana setiap liga bermula dan berakhir pada tarikh yang berbeza. Jadi kami harus buat ketetapan dan akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut beberapa minggu lagi".
"Pintu perpindahan hanya dibuka setelah musim ini berakhir, namun berapa lama ianya masih menjadi persoalan".
Namun apapun terjadi, dijangka pintu perpindahan kali ini dijangka lebih sunyi dengan kelab masing masing menerima impak kewangan secara langsung berikutan penularan wabak Covid 19.
Tetapi tidak dinafikan kelab kelab besar mempunyai dasar kewangan yang kukuh untuk melakukan perpindahan.
ADMIN
Tarikh yang sesuai untuk pintu perpindahan sebenarnya. 2 bulan memadai.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment