The Reds ketika ini semakin menghampiri kejuaraan liga buat pertama kali sejak 30 tahun, namun tidak akan dibenarkan meraikan kejuaraan liga di Anfield terutama di hadapan penonton sendiri.
Jurgen Klopp hampir membawa Liverpool ke arah kejuaraan liga buat masa sekarang. Sumber Foto : PA |
Dan Jurgen Klopp sendiri menegaskan bahawa mereka tidak kisah jika Liverpool tidak menjulang kejuaraan EPL di Anfield.
Sesetengah perlawanan akan dimainkan di gelanggang berkecuali sebagai salah satu garis panduan untuk Project Restart yang dijadualkan bermula pada 17 Jun ini.
Kesemua perlawanan akan diadakan secara tertutup, dan The Reds tidak akan meraikan kejayaan bersama sama peminat mereka buat masa sekarang.
Namun terdapat spekulasi bahawa Liverpool tidak akan menjulang kejuaraan liga di Anfield dengan kebanyakan perlawanan akan diadakan di gelanggang berkecuali untuk mengelakkan perhimpunan penyokong.
Klopp lebih memandang kepada usaha untuk mengakhiri kemarau kejuaraan liga berbanding memikirkan mengenai venue perlawanan.
Menurut Klopp menerusi Bein Sport :
"Pada pendapat saya di mana ia dimenangi samada di stadium yang kosong, kami mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kepada semua peminat di seluruh dunia. Dan ia akan menjadi kenangan terindah buat kami semua".
"Di mana kami akan menjuarainya adalah tidak pasti, kami berharap di Anfield namun saya tidak kisah akan semua itu".
Dan beliau menggesa semua peminat meraikan kejayaan itu dengan duduk di rumah sahaja.
"Saya terdengar beberapa hari lepas bahawa kami mempunyai penyokong tuan rumah terbaik buat masa sekarang, dan kami mahukan penyokong terbaik untuk duduk di rumah".
"Kita semua telah menanti saat itu dan ianya belum selesai lagi. Kami tidak sabar untuk bermain semula kerana kami mahu dianggap juara dengan bermain di padang di mana ianya akan menjadi realiti tidak lama lagi".
Dan jika wabak Covid 19 ini reda, Klopp menyatakan ada masa di mana mereka akan meraikan kejayaan bersama peminat.
"Terdapat momen dalam hidup ini di mana kita akan meraikan kejayaan ini bersama peminat dan kita akan meraikannya di saat terbaik dengan cara yang betul".
"Di mana ia diraikan, ianya terpulang ketika itu".
ADMIN
Kami pun tak kisah di mana trofi bakal dijulang, asalkan kami dapat menikmatinya di kaca televisyen. YNWA.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment