Pemain antarabangsa Netherlands itu dilayangkan kad merah ketika perlawanan Celtic dan Inter dalam kempen Europa League pada Februari 2015.
Virgil Van Dijk ketika bersama Celtic dalam Europa League. Sumber Foto : PA |
Bekas pengurus Celtic, Ronny Deila menyatakan Virgil Van Dijk dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama selepas melakukan dua kekasaran ke atas Rodrigo Palacio dan Mauro Icardi.
Dalam perlawanan pertama di Celtic Park, kedua dua pasukan terikat 3 - 3. Namun insiden di perlawanan kedua itu telah membuatkan Inter berjaya mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi Freddy Guarin sekaligus mara ke peringkat seterusnya dalam Europa League.
Manakala Van Dijk selepas itu berhijrah ke Southampton pada September tahun yang sama, sebelum menyertai Liverpool dengan nilai £75 juta pada Januari 2018.
Namun ketika di Celtic, Deila mendakwa Man City berminat dan hampir mendapatkan khidmat pemain itu jika mampu membuktikan kualitinya dalam perlawanan Celtic - Inter tersebut.
Menurut Deila menerusi Goal :
"Adakah saya berhubung dengan Man City ketika itu? Ya, mereka amat berminat".
"Mereka berkata, okay bagi saya perlawanan Eropah terbaiknya dan kami akan melakukan penilaian".
"Saya tidak dapat memberitahu mana satu perlawanan yang bagus untuk mereka kerana Van Dijk tidak beraksi baik dalam kancah Eropah ketika itu. Beliau hanya dominan di liga Scotland namun dibuang padang ketika aksi menentang Inter".
"Jika beliau bermain baik ketika itu, beliau sudah menyertai Man City".
"Saya berfikir beliau amat bagus namun tidak mempunyai sokongan dari permainan di kancah Eropah ketika itu".
ADMIN
Sebenarnya "Big Man" sudah ditakdirkan ke Liverpool. One of the best in Europe sekarang.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment