Skip to main content

Jesse Marsch : Taki Harus Bermain Di Posisi Roberto Firmino

Ketika ini Takumi Minamino masih cuba menyesuaikan diri Liverpool namun percaya beliau akan berjaya satu masa nanti. 

Takumi Minamino menyertai Liverpool dari Red Bull Salzburg dengan nilai £7.25 juta. Sumber Foto : Gettyimages

Dan pengurus Red Bull Salzburg menyatakan supaya Klopp meletakkan Minamimo di posisi Roberto Firmino jika mahu mengeluarkan potensi terbaik pemain itu. 

Ketika ini Minamino belum lagi menjaringkan gol pertama untuk kelab barunya dan juga mencipta assist untuk pasukan. 

Menurut Marsch : 

"Taki tidak akan dapat bermain di posisi Mo Salah atau Sadio Mane, kerana posisi itu melibatkan transition yang pantas".

"Beliau lebih baik di posisi Roberto Firmino sekarang, tanpa bola beliau boleh pressing pemain lawan, beliau boleh bermain untuk posisi 10 dan mampu masuk ke dalam petak penalti untuk menjaringkan gol".

"Firmino sangat bagus namun Taki boleh melakukan sesuatu yang berlainan di posisi itu".

"Beliau juga boleh bermain di posisi 8 dengan dua kawasan wide di mana beliau boleh melakukan pressing dan melakukan hantaran, sekaligus membina serangan".

Marsch juga mengakui kecewa dengan kehilangan Minamino dengan Liverpool hanya membayar £7.25 juta untuk khidmat pemain itu.

Tambah Marsch :

"Apa yang mengecewakan adalah Liverpool cuma membayar £7.25 juta, harga yang cukup murah. Namun bagi kami itu sebahagian dari cara mengurus kontrak dan pemain".

"Kami sentiasa di sini, memantau pemain dan pengarah kelab yang sentiasa melakukan tugas dengan baik. Kami sentiasa ada generasi pemain yang bagus dan bersedia untuk diketengahkan".

ADMIN

Apa yang kami lihat, Taki boleh bergerak dalam ruang yang sempit dan mencipta peluang gol. Tapi Klopp lebih tahu untuk mengeluarkan yang terbaik untuk pemain ini. 

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football