Skip to main content

Javier Mascherano Mengagumi Evolusi Liverpool Di Bawah Jurgen Klopp

Beliau mengakui mengikuti perkembangan Jurgen Klopp sejak mengendalikan Borussia Dortmund. 

Javier Mascherano merupakan pemain Liverpool dari 2007 hingga 2010. Sumber Foto : PA.
Sebelum itu beliau telah beraksi sebanyak 139 perlawanan bersama The Reds sebelum ke Barcelona pada 2010, mengakui beliau sukakan cara Klopp dan mengagumi corak permainan Liverpool ketika ini. 

Beliau juga percaya evolusi taktikal yang dilakukan Klopp adalah kunci untuk menjadi pasukan Liverpool yang hampir sempurna ketika ini. 

Liverpool kini hanya dipisahkan 6 mata dari kejuaraan liga, satu pencapaian yang tidak dapat dilakukan beliau ketika di sana. 

Menurut Mascherano :

"Pasukan yang mengejutkan saya untuk melihat evolusinya adalah Liverpool ketika ini. Klopp telah meletakkan kelab itu berdasarkan imejnya yang mesra".

"Saya berada 10 tahun kebelakang. Saya lihat bagaimana corak permainan kami dahulu dan sukar untuk dibandingkan dengan sekarang".

"Saya mengikuti perkembangan Klopp sejak beliau di Dortmund, ketika mereka masih mengamalkan corak permainan pressing seperti Liverpool sekarang. Namun sekarang beliau banyak menekankan positional play berbanding lebih direct sebelum itu".

"Evolusi ini saya sukakan kerana di akhirnya pasukan tampak sangat sempurna".

ADMIN

Ketika Mascherano di Liverpool, putaran modal kurang bijak dari pemilik dahulu berbanding sekarang. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football