Skip to main content

Harvey Elliot : "Saya Tidak Menyukai Apa Yang Ramos Lakukan Kepada Mo Salah"

Beliau memberikan respon ketika Real Madrid mahu mendapatkan khidmat beliau.

Harvey Elliot memilih untuk menyertai Liverpool dari Fulham. Sumber Foto : Gettyimages
Beliau menandatangani kontrak untuk menyertai Liverpool musim panas lepas dengan bayaran pampasan yang akan dikemukakan kemudian. 

Perpindahan itu tampak menunjukkan hasil apabila beliau semakin menunjukkan kematangan dalam permainan beliau, dengan telah melakukan penampilan sebanyak 6 kali bersama kelab dalam kejohanan piala.domestik dan satu penampilan dalam EPL ketika menentang Sheffield United. 

Namun sebelum menyertai Liverpool, Real Madrid turut berminat terhadap pemain berusia 16 tahun ini ketika itu. 

The Athletic melaporkan ketika itu Elliot dan keluarganya dibawa mengunjungi Santiago Bernabeu dan pusat latihan pasukan di Valdebebas dengan harapan dapat memeterai perjanjian dengan beliau. 

Ketika berada di bilik persalinan, mereka terlihat jersi kapten Real Madrid iaitu Sergio Ramos di dinding dan beliau ditawarkan untuk bertemu secara peribadi dengan kapten yang menjulang 4 dari 5 UCL sebelum ini. 

Sedia maklum Ramos adalah pemain yang mencederakan Mo Salah sekaligus menghancurkan impian Liverpool untuk menjulang trofi berprestij itu di Kiev. 

Elliot merupakan penyokong Liverpool yang telah bersama ayahnya ke Kiev ketika perlawanan itu, memberikan reaksi seperti berikut :

"Tidak, tidak mengapa".

"Saya tidak sukakan beliau setelah apa yang beliau lakukan terhadap Mo Salah".

Elliot kemudian menyertai Liverpool dan kini kembali menjalani latihan dengan harapan dapat bermain untuk beberapa ketika di saat Liverpool memerlukan 6 mata untuk dinobatkan sebagai juara liga. 

ADMIN

Jujur dan padu ayat beliau. YNWA Elliot.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football