EPL akan disambung semula pada Jun sekaligus menghidupkan peluang Liverpool ke arah kejuaraan liga.
Karren Brady dari West Ham merupakan penyokong untuk liga dibatalkan sebelum ini. Foto dari : Sky Sports |
Selepas perbincangan berterusan pada Khamis, kesemua kelab EPL membuat keputusan untuk menyambung semula baki liga yang tertangguh, dengan perlawanan antara Man City dan Arsenal serta Aston Villa dan Sheffield United akan dimainkan dahulu.
Kenyataan oleh Premier League telah mengesahkan bahawa Project Restart akan bersambung pada 17 Jun dengan keselamatan tetap jadi keutamaan sekaligus kembali menghidupkan peluang Liverpool untuk berganjak lebih dekat dengan kejuaraan liga apabila turun menentang Everton pada hujung minggu itu.
Venue perlawanan masih dalam perbincangan meskipun kelab kelab telah mengundi untuk bermain di halaman sendiri dan lawan, tetapi cadangan jika perlawanan melibatkan pasukan di satu tempat seperti London akan bermain di stadium neutral.
Ianya masih kabur bilakah tarikh sebenar Liverpool akan kembali beraksi, dengan syarikat TV bakal mendapat imbuhan kembali namun apa yang penting peminat Liverpool menanti saat kelab itu mendakap kejuaraan liga walaupun bermain di stadium tertutup.
Jika Arsenal berjaya mencatat kemenangan ke atas Man City pada 17 Jun, Liverpool berpeluang untuk dinobatkan juara liga buat pertama.kali sejak 30 tahun di halaman musuh tradisi mereka.
Namun cabaran sebenar adalah kepada Liverpool sendiri, mudah. Memenangi perlawanan.
Bermain dan tamatkan kemarau kejuaraan tertinggi dalam bolasepak Inggeris. Bermain dan jadikan Anfield itu gelanggang keramat.
Mereka sudah hampir diberikan lampu hijau untuk bermain semula.
Namun apa yang terkesan adalah cadangan untuk membatalkan liga yang dinamakan "null and void" yang kini hampir senyap sepi.
Terkesan juga yang mengharapkan sinar untuk membatalkan liga dengan masing masing mempunyai kepentingan sendiri dalam liga.
Dan juga berita malang untuk peminat bolasepak yang menggunakan krisis pandemik global sebagai alasan untuk memperlekehkan harapan peminat pasukan lain.
Premier League akan menyambung kembali baki 92 perlawanan mereka. Ianya terpulang buat Liverpool untuk menentukan masa depan mereka sekarang.
Tanda aras baru akan terukir pada trofi liga, "The Wall Of Champion". Liverpool telah menunggu 30 tahun untuk saat ini, dan tidak lama lagi.
ADMIN
Banyak lagi kesan "null and void" di masa hadapan sebenarnya. Sebab tu liga disambung juga. YNWA Reds.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment