Genap 15 tahun Liverpool melakukan sesuatu yang luar biasa di Istanbul setelah ketinggalan 3 - 0 di separuh masa pertama.
Double save Dudek ketika menghalang percubaan Schevchenko pada 2005. Sumber Foto : Gettyimages |
Sebelum itu Liverpool ketinggalan 3 - 0 sebelum Steven Gerrard, Vladimir Smicer dan Xabi Alonso menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan 3 - 3.
Perlawanan akhir itu berlanjutan hingga ke masa tambahan, dengan Jerzy Dudek selepas itu melakukan dua tepisan bagi menafikan gol kemenangan Milan ketika masa tambahan menuju ke masa penamat.
Tandukan jarak dekat Schevchenko ditepis Dudek, namun bola itu kembali ke arah penyerang itu dan melakukan rembatan susulan tetapi Dudek melakukan tepisan pantas dengan bola melayang melepasi palang gol.
Keputusan masih kekal 3 - 3, dan sekali lagi Dudek menafikan sepakan penalti Shevchenko bagi memastikan Liverpool membawa balik trofi UCL kelima ke Melwood ketika itu.
Dan Dudek menceritakan saat saat itu di dalam buku autobiografinya :
"Buat pertama kalinya saya amat berbangga dengan diri saya. Ianya saat saat yang saya tidak lupakan. Sesuatu yang diingati peminat hingga sekarang. Peminat menggelar kejuaraan itu adalah "Keajaiban Istanbul". Namun ia keajaiban buat saya. Tepisan terbaik sepanjang karier saya".
"Namun saya tidak terfikir mengenai itu ketika perlawanan tersebut. Ianya sangat kabur. Ketika situasi tersebut, Serginho sedang mengawal bola di sebelah kanan saya. Beliau mempunyai ruang yang besar dan saya tahu beliau akan melakukan satu hantaran lintang cantik di kawasan penalti. Saya dapat lihat dengan jelas walaupun sekali imbas di mana pemain pertahanan berada. Carra berada di near post, Traore di far post dan Hyppia di tengah kawasan gol. Dan saya dapat melihat pemain Milan mencelah di antara mereka. Hanya penjaga gol dapat melihat situasi begini berlaku".
"Bola itu berada di udara. Kedudukan Sami dekat dengan saya dan bola melepasi beliau, dan ianya peluang terbaik untuk mana mana pemain lawan melakukan tandukan. Saya hanya fokus dan menanti arah tuju bola itu. Namun saya tidak sedar pemain yang berlari ke arah bola itu tidak lain tidak bukan Andriy Shevchenko. Beliau tiba sepantas kilat dengan tandukan bebas di hadapan gol".
"Beliau berjaya melakukan tandukan. Tandukan yang padu, dan melakukan tandukan ke bawah betul betul di tepi saya. Saya melakukan terpaan untuk menghadang bola itu masuk ke gol. Bola itu melantun dua kaki jaraknya di hadapan saya. Ketika itu saya berharap mana mana pemain pertahanan untuk membantu saya kerana saya tidak cukup pantas untuk mendakap atau menepis bola yang melantun itu. Namun saya juga melakukan sesuatu untuk berada sekurang kurangnya berdekatan dengan bola, bagi mengecilkan ruang untuk mana mana pemain Milan untuk menjaringkan gol".
"Saya berlutut ketika itu. Saya rasakan salah satu kaki saya berada di belakang garisan gol. Dalam masa yang pantas, ramai pemain AC Milan meluru ke arah saya. Saya hanya mampu menaikkan tangan secara spontan sambil berharap mereka menyasarkan bola ke tangan saya".
"Schevchenko yang mendapatkan bola itu. Ia jatuh betul betul di hadapan beliau. Beliau menendang bola sekuat hati seperti melepaskan segala kemarahan untuk percubaan ke arah gol itu".
"Percubaan beliau terkena tangan saya - Ibarat Tangan Tuhan Maradona saya perkatakan itu secara berseloroh. Kekuatan rembatan itu mampu mematahkan jari saya dan menerjah jaring. Namun ianya tidak berlaku. Seperti saya menepis satu serangga besar yang cuba menyerang saya. Selepas itu saya terus berdiri, menanti bola itu jatuh semula ke tanah dari langit Istanbul namun ianya jatuh di belakang jaring gol.
"John Arne Riise ketika itu mengangkat tangan di udara seolah olah selepas menjaringkan gol. Ketika itu saya terfikir saya telah melakukan sesuatu yang terbaik".
"Ketika menyaksikan ulang siar rakaman situasi itu di televisyen, barulah saya sedar betapa dinamiknya tandukan yang dilakukan Shevchenko. Beliau meletakkan segala harapan menerusi tandukan itu hingga beliau mengambil beberapa langkah untuk melakukan tandukan di hadapan saya dan melepasi pemain pertahanan ketika itu".
"Saya melihat papan skor dan menyedari masa permainan ketika itu. Ianya berlaku pada minit 117 - minit ke 27 dalam masa tambahan. Jika beliau berjaya menjaringkan gol ketika itu, impian kami akan berkubur. Saya berfikir, inilah saat yang sepatutnya saya berbangga - melakukan sumbangan untuk pasukan di minit akhir perlawanan".
"Saya tahu perlawanan akan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti. Saya tahu saya akan melakukan tepisan terakhir untuk membolehkan kami menjulang kejuaraan UCL. Namun saya sukar mempercayai apa yang saya lakukan. Saya melihat ulangan itu banyak kali dan saya hanya mampu menyatakan, ianya sukar dipercayai".
"Namun sebahagian besar peminat bolasepak memikirkan kami tidak akan menjulang kejuaraan UCL ketika tamat separuh masa pertama di Istanbul ....".
ADMIN
Mesti jantung korang terhenti kan time ni? Sapa sapa yang menonton secara langsung.
Great save by Dudek. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment