Skip to main content

Carra Dan Alonso : Kami Bertuah Kerana Beraksi Dalam Final UCL Yang Diingati Sampai Bila Bila

Mereka mengimbau kenangan UCL 2005 itu kembali dan betapa bersyukurnya mereka terlibat dalam kejayaan di Istanbul itu. 

Carra dan Alonso merupakan sebahagian skuad UCL 2005. Sumber Foto : LFC.TV
Semalam merupakan ulangtahun ke 15 kejayaan di Istanbul itu. 

Liverpool di bawah kendalian Rafa Benitez ketika itu ketinggalan 3 - 0 di separuh masa pertama, bangkit untuk menyamakan kedudukan 3 - 3 di separuh masa kedua untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. 

Ketika perlawanan masa tambahan itu, Dudek melakukan dua tepisan sekelip mata hasil tandukan Schevchenko untuk menafikan gol kemenangan Milan, sekaligus membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti. 

Jerzy Dudek kemudiannya menjadi hero sekali lagi dalam penentuan sepakan penalti sekaligus membantu Liverpool menjulang kejuaraan UCL. 

Jamie Carragher dan Xabi Alonso dipertemukan kembali menerusi sidang video LFCTV dan mereka mengimbau kembali kenangan dalam Final UCL tersebut.

Jamie Carragher :

"Saya masih teringat menyaksikan pasukan AC Milan yang hebat pada lewat 80 an dan 90 an, kemudian Ajax, dan disusuli Juventus. Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk bermain hingga ke tahap ini".

"Saya mengenali ramai pemain, pemain lagenda namun tidak pernah terfikir untuk cukup bagus dan bermain dalam peringkat lebih tinggi seperti ini".

"Anda mengenang kembali pemain hebat yang pernah menjulangnya, namun ada pemain hebat yang tidak mampu untuk menjulangnya. Jadi anda terfikir betapa bertuahnya anda terlibat dalam situasi yang anda akan ingat selamanya".

"Kami bertuah kerana bukan sahaja memenanginya, kami bermain dalam Final UCL yang diingati selamanya. Tuah dua kali rasanya".

Kejayaan di Istanbul itu memberikan pengalaman cukup bertuah buat musim pertama Xabi Alonso di Liverpool setelah berhijrah dari Real Sociedad. 

Alonso sendiri menjaringkan gol penyamaan menerusi gerakan sepakan penalti ketika Final UCL itu walaupun sepakannya ditepis Dida pada awalnya. 

Menurut Alonso :

"Bagi saya semuanya berlaku dengan pantas".

"Ianya musim pertama saya bersama Liverpool, bermain dalam final, bermain di peringkat itu serta menjuara trofi yang penuh bersejarah adalah sesuatu yang di luar jangkaan, sesuatu yang menjadi realiti".

"Terlibat dalam final itu, dan tahu anda bakal menjadi sebahagian sejarah kelab".

"Ianya perlawanan yang diingati sepanjang masa - malam itu, final itu dan keajaiban itu. Meskipun di Spain atau di seluruh dunia, semua orang memperkatakan mengenai final itu. Ianya adalah ikonik dan sejarah Final UCL".

"Sesetengah Final UCL kebanyakan orang tidak memperkatakan namun Final ini diingati orang hingga bila bila".

ADMIN

Memang Final UCL ini amat diingati berbanding Final UCL lain, kan? 

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football