Skip to main content

Bayern Munich Sahkan Mereka Tidak Mahu Membeli Phil Coutinho Secara Tetap

Bekas pemain Liverpool itu kini dipinjamkan ke kelab Germany itu dan dikaitkan dengan perpindahan tetap ke sana.

Phil Coutinho dikaitkan dengan perpindahan tetap ke Bayern. Sumber Foto : GettyImages

Pengerusi Bayern Munich, Karl Heinz Rummenigge mengesahkan bahawa mereka tidak mahu mengaktifkan klausa perpindahan tetap pemain itu yang bernilai €120 juta pada musim panas ini.

Phil Coutinho berhasrat untuk menyertai kelab Germany itu secara tetap setelah gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama Barcelona sejak tiba pada Januari 2018.

Beliau telah melakukan 22 penampilan dari 26 perlawanan liga Bayern musim ini, namun dijangka akan meninggalkan kelab pada hujung musim ini setelah kontrak pinjamannya tamat. 

Menurut Rummenigge :

"Pilihan itu telah luput dan kami tidak mengaktifkan klausa itu. Kami sedang merangka pelan untuk musim hadapan dan melihat semula samada beliau termasuk dalam pelan tersebut atau tidak".

Sebelum ini ejen beliau menyatakan Phil Coutinho berminat untuk bermain semula dalam kancah EPL. 

"Liga Perdana Inggeris adalah kancah bolasepak yang beliau suka bermain, menyukai corak permainannya dan mahu kembali ke sana lagi satu hari nanti".

"Persoalannya sekarang adalah mengenai kedudukan kewangan kelab, termasuk Barca dan kelab lain sejurus pandemik ini berakhir".

ADMIN

Mungkin Liverpool akan mendapat tambahan baki jualan Phil Coutinho hasil klausa yang dipersetujui oleh Liverpool dan Barcelona.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan