Skip to main content

Andy Lonergan : Bekerja Bersama Alisson Menyeronokkan - Beliau Adalah Penjaga Gol Terbaik

Beliau sendiri sukar menggambarkan bagaimana bagusnya Alisson ketika di padang latihan. 

Alisson merupakan penerima Sarung Tangan Emas EPL pada musim lepas. Sumber Foto : Gettyimages
Setelah hanya menghabiskan masa sepanjang karier di Melwood hanya sebagai penjaga gol backup, penjaga gol veteran Andy Lonergan mendedahkan penilaian terhadap rakan sepasukannya. 

Menurut beliau menerusi LFCTV Legends In Lockdown :

"Saya dan Chris Kirkland cuba untuk membandingkan Alisson dengan penjaga gol lain, saya menyatakan bagaimana anda memikirkan bagaimana bagusnya beliau, maka itulah yang anda fikirkan".

"Anda melihat Alisson pada hari Sabtu dan perlawanan UCL, namun beliau lebih bagus dari itu ketika di padang latihan. Secara teknikal beliau adalah yang terbaik".

"Beliau melakukan dengan baik terutama mengenai mentaliti dan ketenangan beliau, saya tidak dapat gambarkan bagaimana bagusnya beliau. Ianya seronok dapat turut serta dalam skuad ini".

 The Reds kembali ke Melwood untuk kembali menjalani latihan sebagai sebahagian Protokol "Premier League Return To Training" dan Lonergan gembira dapat kembali menjalani latihan di Melwood. 

Tambah beliau :

"Ianya bagus. Pada mulanya nampak pelik dengan prosedur yang dilakukan sebelum latihan namun setelah anda kembali di padang selaku penjaga gol anda akan berlatih dengan penjarakan sosial. Tiada bergurau senda di antara sesi, hanya terus menjalani latihan".

"Saya dan Alisson menjalani latihan di atas padang bersama dua jurulatih penjaga gol dahulu, manakala penjaga gol lain akan menjalani latihan sejam atau dua jam selepas itu".

"Selepas semua peralatan dan kawasan dibersihkan dan dinyahkuman, pemain lain akan menjadi latihan dan itu yang dilakukan buat masa sekarang".

ADMIN

Sememangnya antara yang terbaik. YNWA. 

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football