Skip to main content

Tujuh Undang Undang Di Pusat Latihan Yang Wajar Dipatuhi Kelab EPL Ketika COVID 19

Beberapa kelab seperti Arsenal dan Spurs telah memulakan latihan individu yang melibatkan beberapa lokasi dalam pusat latihan masing masing. 

Sesi latihan LFC di Melwood. Sumber : Liverpool FC
Dokumen sebanyak 7 mukasurat merupakan garis panduan yang perlu diikuti setiap kelab sebelum memulakan 'Project Restart' di mana ianya akan dibentangkan pada esok hari. 

Antara garis panduan yang terkandung dalam dokumen itu adalah semua pemain dan staf wajib menjalani ujian COVID 19 dalam masa 48 jam sebelum sesi latihan. Selain itu mereka juga diuji untuk mengenalpasti jika terdapat masalah sistem pernafasan mereka. 

Berikut adalah beberapa undang undang dalam yang akan dicadangkan dalam garis panduan tersebut :


  1. Kesemua peralatan termasuk GPS, kon, tiang corner, tiang gol akan disembur dengan nyahkuman terlebih dahulu oleh pegawai kesihatan yang menggunakan pakaian PPE khas:
  2. Pemain akan menggunakan mask sepanjang masa.
  3. Kereta haruslah diletakkan sekurang kurang tiga petak letak kereta antara satu sama lain;
  4. Tiada khidmat urut ( bukan urut Siam eh ) dilakukan kecuali atas kebenaran doktor kelab
  5. Minuman diletakkan di tempat yang dikhaskan;
  6. Penggunaan tandas di kawasan khas sahaja;
  7. Hanya 5 pemain dalam setiap kumpulan latihan
  8. Pemain mempunyai tempat persalinan sendiri dan hanya mempunyai 15 minit untuk bersiap
  9. 75 minit latihan berkumpulan
  10. 15 minit recovery selepas latihan
  11. Pemain dan staf dilarang untuk meludah di kawasan padang latihan.

Garis Panduan itu dirangka oleh Pengarah Bolasepak EPL Richard Garlick.

ADMIN

Apa apa pun kita tunggu keputusan mesyuarat esok. 

Sumber : Daily Mirror















Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan