Datuk Bandar Liverpool, Joe Anderson menyifatkan memulakan liga semula adalah sesuatu yang kurang baik dan ketidakakuran kepada penjarakkan sosial akan berlaku jika Liverpool memenangi kejuaraan.
Datuk Bandar Liverpool mahu liga tidak diteruskan. Sumber Foto : Gettyimages |
Namun Liverpool kecewa dengan kenyataan datuk bandar itu.
Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan untuk dinobatkan sebagai juara liga baharu dan Joe Anderson risau penjarakkan sosial sukar dilakukan sekiranya Liverpool menjuarai liga ketika itu.
Namun begitu Anderson menyatakan Liverpool sepatutnya diberikan kejuaraan liga walaupun ianya tidak diteruskan bagi menandakan kejayaan buat kelab tersebut.
Berikut adalah kenyataan rasmi dari kelab :
"Sebagai sebuah kelab, kami amat mengambil maklum tentang situasi ini dan kecewa dengan saranan Datuk Bandar itu seperti diperkatakan dalam media".
"Tiada bukti yang dapat membuktikan perkara sebegitu dan kami juga menyatakan hasrat untuk bermain dengan stadium tertutup di mana ianya penting untuk setiap individu itu bekerjasama dalam menjayakan perkara ini".
"Beberapa minggu lepas, kami telah berbincang dengan kumpulan penyokong yang berazam untuk menghormati penjarakkan sosial dan kami akan terus bekerjasama dengan mereka untuk mencapai kata sepakat".
"Bagi melancarkan perkara ini, kami akan sentiasa berhubung dengan pejabat Datuk Bandar untuk membincangkan perkara ini".
"Dalam masa yang sama, fokus utama kami adalah memberi tumpuan kepada krisis kemanusiaan sekarang dan sokongan buat NHS serta pihak yang kurang bernasib baik".
ADMIN
Mungkin mereka di sana lebih afdal tentang situasi itu. Apapun harap kata sepakat dapat dicapai antara kedua dua pihak.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment